INFAQ JUMAAT (SUMBANGAN JARIAH DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH)

Kempen Sumbangan Jariah ini bagi menampung kos proses renovasi & pembangunan bangunan baharu Sekolah Rendah Al-Amin Putra Mahkota di Bandar Puteri, yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027.


🌿Renovasi & Pembangunan Bangunan Baru, Bandar Puteri Bangi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin Putra Mahkota kini dalam proses pembangunan bangunan baharu di Bandar Puteri Bangi, sebuah projek penting bagi menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa, moden dan kondusif untuk generasi akan datang.

Bangunan ini bakal beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027, insya-Allah . Namun perjalanan renovasi, ubah suai dalaman, keselamatan, dan penyediaan fasiliti memerlukan sokongan berterusan daripada para penyumbang budiman seperti tuan/puan.

πŸ—οΈ Mengapa Dana Ini Diperlukan? 

(Fokus Renovasi 2025–2027)

Sumbangan anda membantu menampung:

βœ”οΈ Renovasi ruang kelas dan semua kemudahan untuk keselesaan optimum
βœ”οΈ Naiktaraf internet, pendawaian & keselamatan Bomba
βœ”οΈ Pemasangan sistem CCTV & kawalan keselamatan
βœ”οΈ Penambahbaikan ruang aktiviti murid & guru
βœ”οΈ Pemasangan sistem solar
βœ”οΈ Perabot & peralatan pembelajaran baharu
βœ”οΈ Persediaan operasi penuh 2027

Setiap inci bangunan yang dibaiki dan setiap peralatan yang digunakan oleh anak-anak adalah aliran pahala jariah yang tidak terputus.

🌟 Nilai Sumbangan Jariah Dalam Pembangunan Sekolah

Rasulullah SAW bersabda:

β€œApabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
(1) sedekah jariah,
(2) ilmu yang bermanfaat,
(3) anak yang soleh yang mendoakannya.”
Hadis Riwayat Muslim (no. 1631)

Bangunan sekolah ini adalah tempat:
πŸ“Œ Ilmu ditanam
πŸ“Œ Akhlak dibina
πŸ“Œ Generasi rabbani dibentuk

Maka setiap sumbangan tuan/puan menjadi pelaburan akhirat yang mengalir selama bangunan ini berdiri.

β€œYa Allah, berkati setiap ringgit yang mereka infakkan untuk pembangunan ini. Jadikan ia cahaya di kubur, penghapus dosa, dan pembuka pintu-pintu rahmat-Mu di dunia serta akhirat.”

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo