INFAQ KOS RENOVASI UNIT BARU DI BANDAR PUTERI

Infaq dan sumbangan RAMADAN 2026 bagi membantu membiayai KOS RENOVASI 8 UNIT SHOP LOT BARU DI BANDAR PUTERI



Dengan penuh hormat dan rendah hati, dimaklumkan bahawa sebanyak 8 unit di tingkat 4 (aras paling atas) akan mula menjalani kerja-kerja renovasi dan ubah suai selepas Hari Raya.

Projek ini bertujuan menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih selesa dan kondusif bagi menampung pertambahan sehingga 350 orang pelajar, di samping memenuhi syarat kelulusan pendaftaran rasmi.

Anggaran kos keseluruhan projek ini adalah sekitar RM800,000, dan sehingga kini pihak sekolah masih dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencukupkan jumlah tersebut.

Sehubungan itu, kami dengan penuh harapan memohon sumbangan dan sokongan daripada Tuan/Puan/Dato'/Datin agar dapat bersama-sama membantu merealisasikan hasrat murni ini demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita.

Setiap sumbangan, besar atau kecil, amatlah bermakna dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan Tuan/Puan/Dato'/Datin dan menggantikannya dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta dikurniakan SYURGA sebagaimana janji-Nya.

Jazakumullahu khairan kathira.


Website kami : https://alaminputra.edu.my/

🏦 Sumbangan melalui akaun bank:
Bank Muamalat
No. Akaun: 12100001504714
Nama Akaun: (PEMBANGUNAN SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA)
-Ruj : renovasi2026

Hantar bukti infaq/sumbangan kepada 0194770452 (En. Munzir)

BOLEH SAVE DAN SCAN QR INI UNTUK SUMBANGAN :

 

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo