KEMBARA ' THE JOURNEY OF HOPE'
Misi Bantuan Pembangunan Pendidikan Kanak-Kanak Syria & Lubnan Childrity & Adina Charity Circle
This campaign will end on October 31, 2023
Target Amount
RM 150,000.00
0 day(s) left
Assalamualaikum semua.
FL Childrity & Adina Charity Circle akan mengadakan sebuah misi kemanusiaan bertema The Journey of Hope ke Syria dan Lubnan bagi memberi bantuan dengan menyasarkan pembangunan pendidikan kanak-kanak di sana.
Projek ini akan membuka ruang pendedahan pendidikan kepada kanak-kanak elarian yang tercicir pelajaran di Syria dan juga bantuan kelestarian sekolah OKU di Lubnan. Kerjasama ini lebih khusus menjurus kepada pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara bergolak. Usaha ini adalah untuk memastikan kelangsungan pendidikan agar ia memberi impak sosial yang besar kepada generasi akan datang bagi mengangkat usaha mengembalikan kemakmuran negara mereka.
Melalui pendidikan, ia akan membenih harapan dan peningkatan taraf serta kualiti hidup dalam jangkamasa panjang.
Perhatian, ihsan serta kasih sayang dari masyarakat akan membantu menjayakan misi ini.
Sabda Rasulullah saw:
… وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ
“… dan barangsiapa (yang bersedia) membantu keperluan saudaranya, maka Allah (akan senantiasa) membantu keperluannya.” (Hadits Riwayat Bukhari, Shahîh al-Bukhâriy, juz III, hal. 168, hadits no. 2442 dan Muslim, Shahîh Muslim, juz VIII, hal. 18, hadits no. 6743 dari Abdullah bin Umar r.a)
Terima kasih kerana sudi bersama kami menyantuni kasih sesama insan.
#TheJourneyOfHope
Please fill in all required details