Jom Berinfak

Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.


KENALI KAMI
KENALI KAMI

Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar telah ditubuhkan pada tahun 2009. Bermulanya kami di bangunan rumah kedai di sekitar Seri Manjung. Kini, kami telah mempunyai bangunan sendiri yang dapat menampung pelajar seramai 80 orang (pelajar lelaki dan perempuan). Maahad Tahfiz ini terletak di Taman Seri Gemilang, Kampung Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak. 
 


OLEH ITU

Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar amat mengalukan infaq dan sumbangan dari semua pihak bagi menampung kos operasi Maahad seperti bayaran utiliti, kos bahan mentah dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh Maahad. 


Kami berharap  agar Tuan/Puan dapat membantu Maahad dengan menghulurkan sumbangan sekadar termampu atau menyebarkan iklan kepada kenalan. Semoga Maahad dapat meneruskan khidmat bagi melahirkan Generasi Al-Quran. 
 


Mafhum Hadith Nabi SAW, Dari Abu Hurairah ra., Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sedekah yang paling utama adalah yang diberikan ketika masih sihat, kaya, dan takut akan kemiskinan. Jangan menunda-nunda sedekah sehingga kematian menjemputmu, lalu kamu berkata, 'Untuk si fulan dan si fulanlah aku sedekahkan hartaku”. (H.R Imam Al-Bukhari)
 

 

Sumbangan boleh diberikan melalui No Akaun berikut :

Nama Akaun : DANA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
Nama Bank : BANK MUAMALAT
No Akaun : 0803-0002438-71-7

 

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga diterima oleh Allah serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

 

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo