Dana Mental Health
Mengutip dana derma bagi tujuan menggerakan program advokasi berkaitan kesihatan mental di Malaysia terutama yang melibatkan golongan komuniti rentan & kurang bernasib baik.
Kepada para penyumbang yang dihargai.
“Tahukah anda, menurut Kajian Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan menyatakan bahawa 3 Juta rakyat Malaysia sedang menghadapi penyakit mental.”
Krisis kesihatan mental yang semakin meruncing pada hari ini memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada kita semua. Jika dahulu kita hanya mendengar kisah tragis mengenai kes bunuh diri, kini situasi ini semakin membimbangkan apabila terdapat kes di mana individu yang diuji dengan masalah mental bertindak di luar kawalan, sehingga mengorbankan ahli keluarga mereka sendiri. Ini adalah tanda jelas bahawa kewarasan mereka telah terjejas secara kritikal.
Oleh itu, kami dengan rendah hati menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama kami membina solusi bagi menangani masalah ini. Kesejahteraan mental adalah asas kepada kehidupan yang aman dan selamat, serta kunci kepada masyarakat yang sihat dari segi mental dan emosi.
Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, akan memberi impak besar dalam membantu melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dirancang.
Sumbangan anda adalah langkah awal ke arah mencipta perubahan positif dalam menangani krisis ini dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan sejahtera untuk kita semua.
Bersama, kita boleh membuat perbezaan dan melindungi masa depan masyarakat kita.
Please fill in all required details