IHYA’ RAMADHAN 1444 H MAAHAD TAHFIZ AZ-ZAHRAH HULU LANGAT
Ramadhan Menyubur Iman Menyemai Taqwa
MUQADIMAH
Bulan Ramadhan merupakan satu hadiah daripada Allah SWT kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Pahala berganda dan ganjaran beribadah di bulan Ramadhan akan diberikan berbanding bulan bulan lain. Bulan yang dikenali juga sebagai bulan tarbiyah merupakan satu momentum kepada perubahan diri dan istiqamah dalam beribadah sama ada ibadah umum lebih lagi ibadah khusus. Oleh itu, Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat menjadikan program Ihya’ Ramadhan sebagai program tahunan bertujuan meningkatkan penghayatan pelajar dalam beribadah seterusnya melatih diri sentiasa mengamalkan sifat mahmudah demi melahirkan generasi Rabbani beriman dan bertaqwa melalui madrasah Ramadhan.
OBJEKTIF
2.1 - Melahirkan pelajar yang mencintai proses pentarbiyahan terutamanya di bulan Ramadhan.
2.2 - Meningkatkan ketaqwaan melalui program-program yang disusun dengan menanam kesedaran keistimewaan bulan Ramadhan.
2.3 - Memberi kefahaman konsep ibadah di bulan Ramadhan dan kelebihan yang Allah SWT berikan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2.4 - Memupuk budaya hidup bermasyarakat dengan pemberian, tolong menolong dan hormat menghormati.
2.5 - Menyemai semangat kerjasama dan perpaduan berkonsepkan amal Jamaie untuk kecemerlangan.
SASARAN 90 orang pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah, Hulu Langat.
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh : 20 Mac 2023 (Pelancaran bulan Ihya Ramadhan) hingga 19 April 2023
Tempat : Kampus MTAZ, Masjid Shah Alam, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
Anggaran Perbelanjaan program keseluruhan ialah sebanyak RM5920
Semoga program Ihya’ Ramadhan 1444 mendapat sokongan daripada semua pihak agar hasrat dalam melahirkan generasi Al-Quran yang berakhlak mulia dan mampu hadapi cabaran dunia semasa tercapai. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Please fill in all required details