SUMBANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MTAZ


PENGENALAN
Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku diluar bilik darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar dalam situasi harian mereka. Sehubungan dengan itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu perkembangan individu murid-murid.

Lawatan ini merupakan salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimana ia sangat memberi impak mendalam kepada para pelajar. Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk pelajar. Oleh sebab itu, program lawatan sambil belajar diadakan untuk para pelajar supaya mereka mendapat pengalaman daripada lawatan tersebut. Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-guru dan para pelajar untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak pengalaman yang mereka dapat. 

Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Bagi memenuhi rancangan aktiviti  pada tahun ini, Maahad Tahfiz Az Zahrah akan mengadakan lawatan ke Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.

 

OBJEKTIF

  • Menjana idea yang kreatif hasil dari lawatan ke pelbagai tempat
  • Mewujudkan sikap murni seperti tolong menolong, bekerjasama, berketrampilan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Allah s.w.t
  • Merealisasikan pengetahuan dalam PdP dengan pengalaman yang sebenar.
  • Pendedahan kepada pelajar tentang adab-adab semasa bermusafir.
  • Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am kepada intelektual dan kemahiran pelajar.

 

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 23, 24 dan 25 Mei 2024

Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu

Tempat : Melaka, Johor dan Kuala Lumpur

Sasaran : Semua guru dan pelajar MTAZ

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo