Tabung Naik Taraf Sistem Audio (PA System)


πŸ“’ β€œPA SYSTEM MASJID AL-SYAKIRIN: SUARA DAKWAH, AMANAH UMMAH” πŸ“’

Masjid Al-Syakirin menyeru umat Islam untuk bersama berganding bahu dalam usaha memperbaharui sistem PA masjid yang telah berkhidmat selama 40 tahun.

πŸ”Œ Kenapa Perlu Diperbaharui?
β€’ Wiring lama yang sering mengalami masalah.
β€’ Gangguan audio yang menghalang kelancaran solat berjemaah dan kuliah agama.
β€’ Keperluan sistem baru untuk memastikan suara azan, khutbah, dan ilmu agama terus berkumandang tanpa halangan.

πŸ’‘ Keberkatan PA System yang Berfungsi Baik:
βœ” Meningkatkan pengalaman solat berjemaah.
βœ” Memudahkan penyebaran ilmu dan dakwah.
βœ” Membantu komuniti lebih dekat dengan Allah SWT.

Infaq Anda Membawa Perubahan Besar!
πŸ“Œ Sasaran Dana: RM150,000.00
πŸ“Œ Cara Menyumbang:
1. Serahkan sumbangan anda ke pejabat masjid.
2. Atau salurkan ke akaun bank:


Rujukan: Infaq PA System

✨ Sabda Rasulullah SAW:
β€œBarang siapa yang membangun masjid untuk Allah, maka Allah akan bangunkan untuknya rumah di syurga.”
β€” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

πŸ’– Jom sama-sama kita menjadi sebahagian dari usaha ini! Setiap sen yang anda infaqkan akan terus mengalir pahalanya setiap kali azan dikumandangkan, ilmu disampaikan, dan solat berjemaah didirikan.

Masjid Al-Syakirin – Suara Keberkatan, Amanah Kita Bersama.
Website: https://masjidalsyakirin.com

Please fill in all required details




Tips

Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo