Infaq Jumaat Masjid As-Siddiqin Taman Kundang Jaya
Infaq Jumaat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak Pihak Pengurusan Pembinaan Masjid As-Siddiqin, Taman Kundang Jaya ingin memaklumkan bahawa pada setiap hari Jumaat, pihak pengurusan pembinaan masjid akan berkongsi pautan infaq jumaat bagi mendapatkan Sumbangan Pentadbiran dan Pengurusan Masjid As-Siddiqin. Kepada semua para jemaah dan penyumbang yang berhajat untuk turut sama menyumbang amat dialu-alukan.
Untuk makluman, sumbangan ini adalah tidak wajib, namun amat penting bagi membantu kelancaran urusan pentadbiran dan pengurusan Pembinaan Masjid di Taman Kundang Jaya Rawang.
Dana yang dikumpulkan akan digunakan khusus untuk tujuan seperti berikut:
1. Membina sebuah Masjid baru diatas nama Masjid As-Siddiqin Kundang Jaya Rawang.
2. Menampung kos penyeleggaran dan pengurusan harian pejabat pentadbiran yang terletak diatas tapak yang telah diwartakan.
3. Penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur pejabat pentadbiran sedia ada dari masa kesemasa.
Segala sumbangan dan keprihatinan anda amat kami hargai.
Semoga Allah SWT memberkati dan melipatgandakan ganjaran atas setiap sumbangan yang diberikan.
Pertanyaan lanjut boleh whatsapp atau hubungi talian 013-4199382.
Yang benar,
Pentadbiran Masjid As-Siddiqin, Taman Kundang Jaya
Please fill in all required details