INFAQ PERBELANJAAN BULANAN MAKAN & MINUM UNTUK MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN QASIMUL ULUM (MATAQU)

MISI MENJEMPUT REZEKI RM15,000.00 SEBULAN UNTUK INFAQ MAKANAN.

This campaign will end on April 30, 2024

Target Amount

RM 15,000.00

33.1%
Achieved : RM 4,965.00
Balance Amount : RM 10,035.00

0 day(s) left


INFAQ PERBELANJAAN BULANAN - MAKAN & MINUM

Jika sekiranya anda mendapat pautan ini, bermakna anda adalah orang yang telah dipilih ALLAH swt untuk melakukan kebaikan pada hari ini yang akan membantu 200 orang pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum (MATAQU) Gombak, Selangor.

MATAQU (no. simpeni JAKIM BZS 7007) adalah maahad tahfiz integrasi 3 aliran i.e tahfiz, diniah dan akademik dari peringkat tadika sehingga menengah-atas yang telah beroperasi sejak tahun 2000 (22 tahun).  Maahad ini beroperasi dengan matlamat bukan perniagaan dan terkini mempunyai bilangan pelajar asnaf, anak yatim dan muallaf yang agak ramai.  Selain dari pelajar-pelajar tempatan, MATAQU juga menaja pendidikan pelajar-pelajar miskin dan muallaf dari Kemboja, Filipina & Indonesia.

Berikutan kelembapan ekonomi yang sedang melanda negara sekarang yang mengakibatkan kenaikan harga barangan, MATAQU menghadapi masalah menampung perbelanjaan makan pelajar dan para asatizah.  Kami menyeru seluruh umat Islam untuk sama-sama bantu untuk meringankan beban kewangan yang sedang di hadapi sekarang yang semakin menjejaskan perjalanan operasi maahad.

Sesungguhnya Allah SWT menyeru hamba-hambanya untuk meraih keredhaannya melalui infaq dan sedekah sebagaimana firmanNya:

“Mereka juga memberi makan benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.  Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan daripadamu atau ucapan terima kasih.” (Al Insaan: 8-9)

Rasulullah ص pula bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).

Semua infaq akan meraih ganjaran yang besar di sisi ALLAH dan menggembirakan Rasulullah ص namun pahala dan kedudukan orang yang memberikan infaq dan makan kepada penuntut ilmu khususnya yang menghafaz Al Quran adalah menyamai pahala dan kedudukan orang yang turut keluar berjihad di jalan ALLAH sebagaimana sabdaan Rasulullah ص:

ﻣَﻦْ ﺟَﻬَّﺰَ ﻏَﺎﺯِﻳًﺎ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﺰَﺍ ، ﻭَﻣَﻦْ ﺧَﻠَﻒَ ﻏَﺎﺯِﻳًﺎ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑِﺨَﻴْﺮٍ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﺰَﺍ

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”

[H.R. Bukhari & Muslim]

“Wahai ALLAH, engkau ampunilah dosa dan sejahterakan seluruh kehidupan  orang-orang yang menginfaqkan hartanya kepada MAAHAD TAHFIZ AL QURAN QASIMUL ULUM!”

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Talian 03-61858776 atau WhatsApp 017-2005453

Website : http://www.qasimul-ulum.edu.my

 

Pengerusi MATAQU, Ustaz Haji Alauddin Bin Haji Ishak sedang memberi tausiyah kepada guru-guru dan pelajar.

Pelajar-pelajar asnaf dari negara Kemboja.

Pelajar-pelajar kelas Fast Track SPM aliran Sains Agama.

Majlis bacaan Yaa-Siin, doa dan kata nasihat Tuan Pengerusi MATAQU bersama ibu-bapa dan pelajar yang mengambil peperiksaan UPKK 2023 sekolah rendah.

Acara merentas desa pelajar sekolah rendah (lelaki) MATAQU.

Acara merentas desa pelajar sekolah rendah (perempuan) MATAQU.

 

Please fill in all required details




Subtotal
Payment Charge
Total


By clicking pay, I hereby authorise Authorised payment gateway to process the payment on behalf of the merchant