KEM MOTIVASI HUFFAZ 2026
Sumbangan infaq untuk anak-anak huffaz dari kalangan asnaf

Assalamualaikum bu bapa/penjaga.
PERKARA: MAKLUMAN BAYARAN KEM MOTIVASI HUFFAZ 2026
Dimaklumkan bahawa pada tahun ini, program lawatan pelajar menengah akan ditukarkan kepada program KEM MOTIVASI HUFFAZ 2026 yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam, seperti ketetapan berikut:
📆 Tarikh: 20 – 22 November 2026
📍 Tempat: Kem Yeop Village, Hulu Langat
💰Bayaran: RM250.00
📌Penglibatan : Semua pelajar kecuali pelajar SPM, Tasbih 2.
Antara objektif program adalah seperti berikut:
➡️ Menanam kesedaran tentang pentingnya integriti dalam kehidupan.
➡️ Mempersiapkan para Huffaz MATAQU agar mampu berdaya saing dalam menghadapi globalisasi kehidupan.
➡️ Menanam sifat tanggungjawab dan hormat-menghormati sebagai seorang anak dan pelajar di maahad tahfiz.
➡️ Membina sifat kepimpinan dan nilai jati diri berasaskan syariah Islam.
➡️ Memperseimbangkan pembangunan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual secara bersepadu.
Oleh hal yang demikian, mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk membuat bayaran sebanyak RM250.00 bagi penyertaan anak/anak jagaan dalam Kem Motivasi Huffaz 2026.
📌 Mohon kerjasama tuan/puan untuk menjelaskan bayaran selewat-lewatnya pada 10/11/2026.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam memastikan urusan pembayaran ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan amatlah dihargai. Harap maklum.
SK:
Pengetua
Please fill in all required details