Sumbangan Derma buat Puan Jahidah

Derma bersama Mukmin Pro


Kejadian 4 Mei 2021 merupakan detik hitam buat Puan Jahidah Nordin, 43, apabila dipukul suaminya, Rosmaini Abd Raof, 38, sehingga koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Puan Jahidah juga mengalami kecederaan parah pada kepala di samping tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan serta rahang tulang belakang dan rusuk retak.

Puan Jahidah dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital. Puan Jahidah mempunyai seorang anak lelaki bernama J Eshan Nufail. Puan Jahidah kini dijaga rapi oleh adiknya Puan Fauziah Nordin, 40, serta ahli keluarga lain.

 

Sumbangan Derma buat Puan Jahidah 

 

Sumbangan derma ini merupakan inisiatif kami dari Mukmin Pro yang diasaskan oleh Fazura dan Fattah Amin bagi menampung kehidupan seharian Puan Jahidah dan anaknya yang berusia 8 bulan. Kutipan derma yang terbuka kepada orang ramai ini akan disalurkan terus kepada Puan Fauziah. 

Di samping itu, pihak Mukmin Pro bersama Fazura dan Fattah Amin berkesempatan untuk ziarah Puan Jahidah dan sekeluarga pada 20 Oktober 2022 yang lalu di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Justeru, bagi yang berkemampuan marilah kita sama-sama ringankan beban buat Puan Jahidah. Semoga sumbangan kita walaupun kecil mampu membantu Puan Jahidah sekeluarga dan Allah SWT mengurniakan pahala di akhirat kelak, insya-Allah.  

 Sumber berita: 

https://www.sinarharian.com.my/article/226908/berita/semasa/fazura-menangis-tak-sanggup-lihat-jahidah-terlantar 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1009316/mangsa-keganasan-suami-menangis-dalam-koma 

Please fill in all required details


Derma Puan Jahidah

Price :

Please select any amount here


Your contribution equally fuels Mukmin Pro Help’s growth and the continuous improvement of the platform, allocated evenly between both causes. Thank you for your generosity.

RM
or


Subtotal
Payment Charge
Total

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

By clicking on the "Proceed" button, I confirm that I have read and understand the payment details above.

Payment Gateway Logo