Kutipan Dana Ceriaton 2024 SK Perdana Jaya SS19

Kutipan dana bertujuan untuk memperbaiki prasarana sekolah yang telah rosak, membiayai kos keceriaan kebersihan & keselamatan, membaikpulih & menaiktaraf padang, mewujudkan persekitaran yang lebih selesa & sistematik, serta melestarikan sekolah agar menja

This campaign will end on December 6, 2024

Target Amount

RM 250,000.00

10.12%
Achieved : RM 25,290.00
Balance Amount : RM 224,710.00

0 day(s) left


Biar gambar berbicara 👇

Berikut ringkasan butiran Program Ceriaton 2024 SK Perdana Jaya 2024:

 

Nama Program: Ceriaton 2024 SK Perdana Jaya 2024
Nombor Permit Polis: A013772
Acara utama: Kutipan Dana (10 Oktober 2024 hingga 8 November 2024)
Acara kemuncak: Karnival Ceriaton 2024 (9 November 2024, 9 pagi hingga 6 petang bertempat di sekolah)

 

1. Matlamat:
1.1 Menjana kutipan dana melalui Karnival Ceriaton SKPJ;
1.2 Memupuk semangat kerjasama dan pendedahan kepada pihak sekolah dan ibu bapa dalam menjayakan program anjuran sekolah;
1.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan memberikan pengalaman berharga bagi para guru, ibu bapa, pelajar dan komuniti setempat; dan
1.4 Menjaga hubungan dengan masyarakat setempat bagi penganjuran karnival ini.

 

2. Objektif:
2.1 Membaikpulih dan menaiktaraf prasarana sekolah yang telah uzur dan rosak;
2.2 Membiayai kos keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah;
2.3 Membaikpulih dan menaiktaraf padang SK Perdana Jaya SS19 Subang Jaya;
2.4 Mewujud dan menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih selesa dan sistematik; dan
2.5 Melestarikan sekolah menjadi sekolah contoh di Daerah Petaling Perdana sekaligus bagi Negeri Selangor.

 

3. Impak Kewangan
3.1 Sasaran: RM 250,000
3.2 Agihan:
40% - Membaikpulih dan mengganti kerosakan peralatan dan infrastruktur
20% - Membiayai kos keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah
20% - Membaikpulih dan menaiktaraf Padang SK Perdana Jaya SS19
5% - Program Pemantapan Profesionalisme Guru dan lain-lain
5% - Program Pemantapan Sahsiah Murid
10% - Kos Pengurusan Program Karnival

 

Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan akan membantu merealisasikan hasrat kami untuk menjadikan SK Perdana Jaya SS19 sebagai sekolah contoh di daerah Petaling Perdana. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada generasi muda dan komuniti kita.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan tuan/puan.

 

Yang benar,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2024/25
SK Perdana Jaya SS19

Please fill in all required details




Tips

Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo