Ihya' Ramadhan 2026
Ihya' Ramadhan 2026
PROGRAM BAKUL RAMADAN MEMBANTU ASNAF & ANAK YATIM SKPP14(1) BAGI MENGHADAPI RAMADAN 1447H💝prihatin & berkongsi rezeki.
Dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kebajikan warga SK Putrajaya Presint 14(1), pihak sekolah bersama PIBG SKPP14(1) akan melancarkan Dana Bakul Ramadan bagi membantu murid-murid yang terpilih.
☘️ Bakul Ramadan ini bertujuan untuk meringankan beban murid-murid yatim dan asnaf SKPP14(1) agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna serta membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
🍀 Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga yang berhasrat untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:
👉https://app.herepay.org/pibg-skpp141/IR2026
🍀 Setiap sumbangan yang dihulurkan amat bermakna buat mereka. Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak SKPP14(1) menjadi insan yang prihatin dan penyayang. 💖
📌 Tarikh Tutup Sumbangan:
13 Mac 2026 (Jumaat)
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Anjuran:
Unit Kebajikan HEM
dengan kerjasama PIBG SKPP14(1)
Please fill in all required details