Sumbangan Pembinaan Dewan Terbuka Tambahan

Pernambahan dewan terbuka untuk menampung kapasiti semasa


Assalamualaikum wrt wbt

KUTIPAN DANA BAGI PEMBINAAN DEWAN TERBUKA TAMBAHAN SKPP 14(1)


Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SK Putrajaya Presint 14(1) ingin membuka peluang kepada semua ibubapa dan guru untuk menyumbang dana bagi menampung kos pembinaan dewan terbuka tambahan.

Untuk makluman semua, dewan terbuka sedia ada tidak mampu menampung kesemua murid murid ketika berkumpul.

Oleh itu, satu cadangan telah dibuat bagi pembinaan dewan terbuka tambahan di bahagian kiri dan kanan dewan terbuka sedia ada.

Bagi membina dewan terbuka tambahan ini, PIBG SKPP 14(1) telah mempunyai peruntukan yang dikhaskan, namun ianya tidak mencukupi bagi menampung keseluruhan projek tersebut.

Semoga sumbangan ini dapat membantu pembinaan dewan terbuka tambahan tersebut dan memberikan keselesaan kepada murid murid SKPP 14(1)

Sekian, terima kasih.

-Yang Dipertua PIBG SKPP14(1)

Please fill in all required details





Tips

Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo