YURAN PROGRAM UPKK 2026
KUTIPAN YURAN PROGRAM SESI 2026
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRATTP mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh ibu bapa dan penjaga bagi sesi persekolahan 2026. Berdasarkan ketetapan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14, dana yang dikumpulkan akan diagihkan secara telus bagi menyokong kemenjadian dan kebajikan anak-anak kita melalui pecahan dana berikut:
Dana Pentadbiran (Yuran Anggota): Digunakan untuk pengurusan Mesyuarat Agung/AJK, elaun Setiausaha & Bendahari, rekupmen (PWR), perkhidmatan guru, keperluan pentadbiran PIBG dan selebihanya terus kepada agihan sumbangan khas.
Dana Akademik & Pendidikan (36.67%): Menampung program panitia, seminar/perkampungan ilmu UPKK & PSRA, serta Hari Anugerah Kecemerlangan.
Dana Keselamatan & Kesihatan (25.83%): Pembiayaan elaun pengawal keselamatan, sukarelawan trafik, dan kelengkapan keselamatan murid.
Dana Pembangunan & Ekonomi (19.17%): Penyelenggaraan fasiliti/infrastruktur sekolah dan projek prasarana (susur gajah, pusat sumber, dll).
Dana Kebajikan & Sosial (14.17%): Program motivasi sahsiah, bas solat Jumaat, sumbangan duit raya, kebajikan musibah, dan langganan penapis air sekolah.
Dana Teknologi & Multimedia (4.16%): Langganan Google Workspace, domain rasmi sekolah, dan sistem integrasi data Herepay.
📌 STRUKTUR & KADAR BAYARAN PIBG 2026
Bagi mengelakkan kekeliruan pengiraan mengikut bilangan anak, sila rujuk panduan kadar bayaran yang telah diluluskan di bawah:
1. Yuran Anggota (Wajib Sekali Sahaja Per Keluarga/Isi Rumah) = RM 60.00
(Jika ada beberapa adik-beradik bersekolah di sini, yuran ini hanya dibayar sekali sahaja).
2. Sumbangan Khas (Dikira Per Individu / Bilangan Kepala Murid) = RM 60.00
( Tahun 1 hingga Tahun 6 )
JADUAL KADAR YURAN & SUMBANGAN KHAS MENGIKUT TAHUN
Bil | Perkara | Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 | Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Yuran Anggota (Per Keluarga) | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 |
2 | Sumbangan Khas | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 60.00 | RM 260.00 | RM 286.00 |
Jumlah Keseluruhan | RM 120.00 | RM 120.00 | RM 120.00 | RM 120.00 | RM 320.00 | RM 346.00 | |
📊 PANDUAN & CONTOH SITUASI PENGIRAAN BAYARAN
Bilangan Bersekolah | Pengiraan Yuran Anggota | Pengiraan Sumbangan Khas | Pengiraan Yuran Dana UPKK/PSRA | Jumlah Bayaran |
|---|---|---|---|---|
1 Anak | RM 60.00 (1 keluarga) | RM 60.00 (1 orang) | - | RM 120.00 |
2 Anak | RM 60.00 (1 keluarga) | RM 120.00 (RM 60 x 2 orang) | - | RM 180.00 |
2 Anak | RM 60.00 (1 keluarga) | RM 180.00 (RM 60 x 2 orang) | RM 200.00 (1 orang UPKK) | RM 440.00 |
Nota untuk Pusat Jagaan/Anak Yatim: Yuran Anggota RM 60.00 dibayar sekali sahaja bagi seluruh institusi, manakala Sumbangan Khas dikira mengikut bilangan anak jagaan yang bersekolah di sini.
💳 KAEDAH PEMBAYARAN ONLINE (HEREPAY)
Demi keselamatan, ketelusan, dan kemudahan rekod melibatkan lebih 1,400 murid, pihak PIBG kini menaik taraf sistem kepada Platform Automasi Gerbang Pembayaran Herepay (FPX).
- Caj Transaksi: Hanya RM 0.70 sahaja bagi setiap transaksi perbankan internet.
- Resit Rasmi: Resit digital dan akses rekod bayaran individu akan dikeluarkan secara automatik serta-merta selepas transaksi berjaya.
Sumbangan dan sokongan daripada tuan/puan amat dihargai bagi membantu PIBG terus memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran serta pembangunan murid SRATTP.
Terima kasih atas kerjasama komuniti seluruh ibu bapa.
“SEHATI SEJIWA”
“SRATTP CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”
Ikhlas daripada,
Mohd Ghafan bin Jalil
Yang DiPertua PIBG SRATTP
--------------------------
Nota Tambahan
Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang 'Tips' (SEBAGAI PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Kutipan Sumbangan PIBG Tahunan tahun 2026. Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG dan penyedia platform (Herepay). Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG dan membantu kelangsungan platform.
Please fill in all required details