SUMBANGAN DANA PIBG SK DANAU KOTA 2 2025

Tuan/Puan,
BAYARAN SUMBANGAN PIBG SESI AKADEMIK 2025/2025
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung kali ke-20 pada 26 April 2025 yang lepas telah bersetuju untuk membuat kutipan sumbangan PIBG bagi sesi akademik tahun 2025/2026 dengan kelulusan surat daripada JPWPKL No. Rujukan : JPWPKL.100-2/8/3 Jld.19 (60) bertarikh 28 Mei 2025.
2. Oleh yang demikian, jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi sesi akademik 2025/2026 adalah RM100.00 untuk setiap keluarga.
3. Kutipan bayaran sumbangan PIBG ini bertujuan memacu kecemerlangan akademik, pembangunan hal ehwal murid, penyelenggaraan dan kesihatan serta kecemerlangan kokurikulum. Pembayaran boleh dilakukan online banking melalui aplikasi Herepay.
4. Walaubagaimana pun Pihak PIBG juga telah mengambil initiatif dengan melaksanakan kaedah pembayaran secara
ansuran bagi membantu keluarga untuk membuat pembayaran.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Ts.DR. KHAIRUL BIN AWANG)
Yang Dipertua 2025/2026
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sek Keb Danau Kota (2)
Nota tambahan: Anda juga dialu alukan untuk menyumbang 'Tips' (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain (Payment Form Name).
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara (PIBG/Organisasi) & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada (PIBG/organisasi) & kelansungan platform.
Please fill in all required details