SEDEKAH JUMAAT
Sumbangan, sedekah dan jariah untuk pembangunan pendidikan anak-anak SK Gunong Semanggol
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi kita nikmat kesihatan dan rezeki sehingga dipertemukan lagi dalam JUMAAT SAYYIDUL AYYAM yang mulia dan tersedia dengan pelbagai kelebihan ini. Kerana sesungguhnya hari ini merupakan peluang untuk kita meraih PAHALA sebanyak mungkin.
Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan:
“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”
Subhanallah ‼️
Dihari yang mulia ini, berkongsilah seadanya dengan sedekah di jalan Allah SWT. Setiap sedekah tuan/puan adalah doa untuk kebaikan dan keberkatan.
Justeru itu pihak PIBG SK Gunong Semanggol mengambil inisiatif membuka peluang tuan puan untuk memberi sumbangan seikhlas hati kepada kemajuan serta pembangunan pendidikan anak anak SK Gunong Semanggol.
Jazakallu khairan.
Semoga sedekah anda semua akan diberkati, dirahmati dan dipandang oleh Allah swt dunia dan akhirat. Semoga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan.
Terima kasih.
Please fill in all required details