Sumbangan PIBG KSAH (Tingkatan 1)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ybhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan
MEMOHON SUMBANGAN PIBG BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan bagi kutipan sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 melalui surat jabatan rujukan JPNK.600-9/18/1 Jld. 39 (51) bertarikh 19 Ogos 2024 berdasarkan ketetapan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung kali ke-48 sesi 2024/2025 pada 27 Jun 2024
3. Semua sumbangan adalah secara 'cashless' sahaja melalui pautan platform Herepay. Salinan resit sumbangan akan dihantar kepada alamat email yang dimasukkan di bahagian butiran pembayar (payer details).
4. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan platform pembayaran, boleh berhubung dengan Cikgu Shakir (013-4449919). Kerjasama dan keprihatinan Ybhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan memberikan sumbangan tersebut dengan kadar segera amatlah dihargai demi kecemerlangan dan kebajikan murid-murid.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
Muhammad Taqiuddin bin Md Arshad
Yang Dipertua PIBG Kolej Sultan Abdul Hamid
______________________________________________________________________
Panduan Untuk Waris
- Waris diminta untuk mengisi: Nombor IC Murid (tanpa '-' sengkang) di ruangan Student Identification Number
- Klik ‘Search’
- Pilih Nama Anak dengan mengklik ‘Select This Student’
- Isi Payer Details: Name, Email Address, Phone Number (bagi memudahkan sebarang komunikasi dan pelarasan data)
- Semak bayaran dan seterusnya pilih Bank dan klik ‘Proceed’
**Bahagian TIPS adalah pilihan (optional) untuk sumbangan ikhlas. Jika pihak Ybhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan TIDAK BERMINAT untuk membuat sumbangan boleh klik di kotak I don't want to contribute any additional funds to PIBG KSAH.
**Untuk makluman, sumbangan ikhlas ini akan dibahagi sama rata antara pihak PIBG KSAH dengan pihak Herepay.
**Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM0.70 oleh pihak payment gateway.
Please fill in all required details