MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SAM MUHAMMADIAH
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SAM Muhammadiah Tahun 2026
This campaign has achieved their target.
Target Amount
RM 15,000.00
Achieved :
RM 15,100.00
Extra Amount :
+RM 100.00
🌙✨ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 PERINGKAT SEKOLAH ✨🌙
“Syawal Dirai, Ukhuwah Dipererat”
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Dengan penuh rasa syukur sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah dan semua ibubapa untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat SAM Muhammadiah.
Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31, majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat Aidilfitri, mengeratkan silaturahim serta memupuk perpaduan dalam kalangan ibubapa, guru, kakitangan, murid dan komuniti.
🎉 Pelbagai juadah menarik menanti
🎊 Persembahan istimewa daripada warga sekolah
👗 Tema pakaian raya yang sopan dan berwarna-warni
Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini dalam suasana penuh keceriaan, keharmonian dan keberkatan.
Bersempena juga dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak sekolah dengan rendah hati mempelawa dan mengalu-alukan sumbangan Infaq atau sedekah Ramadan bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
“Indahnya Syawal, Eratnya Ukhuwah”
Please fill in all required details