KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SKBTK 2025/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga anak-anak SKBTK yang hebat. Terima kasih dan tahniah kerana menjadi ibu bapa/penjaga anak-anak SKBTK yang prihatin kepada kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak SKBTK.
Sepertimana persetujuan pada mesyuarat akhir tahunan (MAT) PIBG yang lalu berikut adalah senarai sumbangan yang perlu disumbangkan oleh ibu bapa/penjaga bagi sesi 2025/2026. Sumbangan PIBG ini bakal membolehkan kita membantu sekolah dalam kemenjadiaan anak-anak SKBTK. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki atas kemurahan hati ibu bapa/penjaga yang menyumbang dan memberi kejayaan buat anak-anak SKBTK.
BIL | PERKARA | JUMLAH (RM) | CATATAN |
---|---|---|---|
1 | Sumbangan PIBG | 70.00 | per keluarga |
2 | Sumbangan Tandas | 10.00 | per anak |
3 | Sumbangan ICT | 20.00 | per keluarga (kutipan diteruskan untuk tahun 2025/2026) |
4 | Sumbangan Bumbung Dataran Perhimpunan | 10.00 | Pilihan ( menyumbang atau tidak) |
JUMLAH KESELURUHAN | 110.00 | Jumlah keseluruhan ini akan berubah bergantung kepada sumbangan tandas (berapa bilangan anak yang bersekolah) dan kemurahan hati tuan/puan menyumbang untuk sumbangan bumbung dataran perhimpunan. |
Nota tambahan: Anda juga dialu alukan untuk menyumbang 'Tips' (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Sumbangan PIBG 2025/2026.
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG SKBTK & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG SKBTK & kelansungan platform.
Please fill in all required details