INFAK BAYARAN TAHUN KE-2 MESIN PENAPIS AIR COWAY KEGUNAAN WARGA SEPALU & MANGSA BANJIR (JIKA ADA)
Kutipan infak ini adalah bagi membantu menampung kos bayaran selama setahun (sehingga 30 Jun 2026) iaitu sebanyak RM1,476.00 kepada pembekal mesin penapis air Coway termasuk servis.
This campaign will end on June 15, 2025
Target Amount
RM 1,476.00
0 day(s) left

INFAK UNTUK BAYARAN TAHUN KE-2
MESIN PENAPIS AIR COWAY UNTUK KEGUNAAN WARGA SEPALU (TERMASUK MANGSA BANJIR - JIKA ADA)
Salam Hari Zulhijjah dan Salam Hari Arafah.
Tuan/ Puan yang mulia,

Sukacita dimaklumkan Kelab Guru dan Staf SEPALU dengan kerjasama PIBG dengan rendah hati membuka peluang kepada tuan/puan berinfak sempena hari yang mulia dan sangat besar ganjaran bagi kita berinfak (Hari Arafah dan Jumaat) untuk membantu kos bayaran tahun ke-2 mesin penapis air COWAY bagi kegunaan warga SEPALU khususnya murid-murid SEPALU sewaktu sesi persekolahan berlangsung. Malah, mesin penapis air coway tersebut juga digunakan kepada mangsa banjir (jika ada). Butiran kos bayaran adalah seperti berikut:Bayaran setahun sehingga 30 Jun 2026: |
Oleh itu, salurkan sumbangan ikhlas Tuan/ Puan ini melalui akauan PIBG SEPALU untuk dimanfaatkan bagi kegunaan semua. Semoga Allah S.W.T. jualah yang akan membalas jasa baik dan keikhlasan Tuan/Puan yang sentiasa bermurah hati menyokong dan menyumbang dana kepada SEPALU. Walau dengan hanya RM1.00, ianya tetap sangat besar nilainya pada kami apatah lagi di sisi Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Cara Menyumbang:
- Herepay (Link) - Pembayaran terus melalui akaun PIBG. Klik pada amaun yang dicadangkan (tertera) bermula daripada RM10.00.
- Boleh klik amaun yang lebih besar jika ingin berinfak lebih. Setiap transaksi dikenakan caj sebanyak RM0.70 oleh pembekal perkhidmatan.
- Boleh juga klik butang CUSTOM untuk berinfak mengikut kadar keikhlasan Tuan/ Puan sebagai tanda menyokong program sekolah. Pastikan emel dan no. telefon yang dicatat adalah aktif dan tepat kerana resit pembayaran/ sumbangan akan dihantar ke emel ini dan juga admin Herepay PIBG SEPALU.
Sebarang kemusykilan Tuan/ Puan boleh menghubungi PIBG sekolah atau Ustaz Izham (Pengerusi Kelab Guru dan Staf SEPALU) di talian 012-6820396, Cikgu Shalini (Bendahari Kelab Guru dan Staf SEPALU) di talian 018-3794943, Cikgu Nurul Akmal (Bendahari PIBG SEPALU) di talian 011-10755280 atau pejabat sekolah di talian 06-2650159.
Segala sumbangan ikhlas Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik dan keikhlasan Tuan/ Puan ini dengan sebaik-baik balasan, amiin.
Sekian.
Admin Herepay
PIBG SEPALU.
Please fill in all required details