CHORAL SPEAKING : PERINGKAT KEBANGSAAN

This campaign has achieved their target.

Target Amount

RM 3,000.00

100%
Achieved : RM 3,785.00
Extra Amount : +RM 785.00

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pihak sekolah ingin berkongsi bahawa Pasukan Choral Speaking SMK Putrajaya Presint 8(1) akan mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya ke Pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan Choral Speaking akan berlangsung :

     Tarikh : 22 September 2025
     Tempat : PICC, Putrajaya 

Pencapaian ini menjadi bukti kesungguhan dan komitmen anak-anak kita dalam bidang ko-akademik, di samping membina keyakinan diri serta kemahiran berbahasa Inggeris. Kejayaan ini bukan datang sekelip mata. Ia adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru-guru serta sokongan padu ibu bapa. 

Sebelum ini, SMK Putrajaya Presint 8(1) pernah melakar pencapaian membanggakan :
* Johan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri pada tahun 2021
* Johan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri pada tahun 2024
* Johan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri pada tahun 2025

Marilah sama-sama kita memberikan sokongan, doa dan semangat kepada pasukan ini, agar mereka dapat membawa pulang kejayaan yang lebih besar, sekali gus mengharumkan nama sekolah, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sekian, terima kasih.

 

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo