BULAN SABIT MERAH MALAYSIA : PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN (FASA 2)
This campaign will end on September 25, 2025
Target Amount
RM 10,000.00
0 day(s) left
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, SMK Putrajaya Presint 8(1) telah mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili Putrajaya ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan kawad kaki yang akan berlangsung :
Tarikh : 28 September 2025 (Ahad)
Tempat : Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya
Ini merupakan suatu pencapaian besar dan amat membanggakan warga sekolah serta komuniti Putrajaya keseluruhannya.
Pasukan kawad kaki sekolah kita telah berusaha gigih dengan semangat berpasukan, disiplin yang tinggi serta pengorbanan masa dan tenaga untuk sampai ke tahap ini.
Namun begitu, bagi memastikan kelancaran penyertaan di peringkat kebangsaan, pihak sekolah memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk menampung pelbagai kos persediaan, latihan, kelengkapan pasukan serta keperluan pertandingan.
Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga sebagai tanda sokongan moral dan material kepada anak-anak kita.
Setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna dan akan menjadi penyuntik semangat buat pasukan kawad kaki SMK Putrajaya Presint 8(1) untuk terus berjuang mengharumkan nama sekolah, Putrajaya.
Mudah-mudahan dengan sokongan padu semua, usaha murni ini diberkati Allah SWT dan kejayaan akan menjadi milik kita bersama.
Sekian, terima kasih.
“Gemilang Bersama Ilmu dan Adab”




Berikut ialah perbelanjaan yang sedang diusahakan.

Please fill in all required details