SUMBANGAN KELENGKAPAN TEAM KAWAD KAKI
SMK RANTAU PANJANG BESTARI JAYA SELANGOR
This campaign will end on June 30, 2026
Target Amount
RM 15,000.00
55 day(s) left
PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2026
Sejarah bermula
Sejarah Kawad Kaki SMK Rantau Panjang Bestari Jaya bermula pada tahun 2023. Pada tahun pertama ini, kami bermula dari bawah dengan menyertai pertandingan kawad kaki kategori B (GO). Pada awal-awal penyertaan kami, kami memakai apa yang mampu disediakan oleh sekolah dan pelajar. Walaubagaimanapun untuk kali pertama pernyertaan ini, pasukan kami berjaya beroleh tempat ke Empat dalam pertandingan tersebut.
Kejayaan yang Manis
Pada tahun 2024, disebabkan kekangan yang berlaku, sekolah tidak dapat menghantar pasukan ke pertandingan daerah. Namun, pada tahun 2025, sekolah berjaya menghantar satu pasukan kawad kaki B (GO) dengan bilangan penyertaan hanya melibatkan 21 orang kadet sahaja. Pada temasya pertandingan itu, pasukan kawad kaki sekolah berjaya membawa balik Gelaran JOHAN Kawad Kaki beserta Ketua Platun Terbaik Kategori B (GO).
Dengan berbekalkan semangat Johan ini, walaupun tidak dapat melayakkan diri ke peringkat Negeri kerana Kategori B adalah kategori pembangunan, maka kami telah berjaya menyertai pertandingan dibawah kelolaan Karang Kraf dan PPD Sabak Bernam. Alhamdulilah, pasukan kawad kaki kami berjaya membawa balik gelaran Naib Johan dari PPD Sabak Bernam.
Melangkah lebih jauh
Dengan kemenangan yang diperoleh dari tahun 2025, Pasukan kawad kaki Serantau ingin pergi lebih jauh. Kategori B adalah kategori pembangunan. pencapaiannya hanya habis di peringkat daerah sahaja. Oleh itu, pada tahun 2026, Sekolah telah mensasarkan pasukan kawad kaki dihantar untuk Kategori A agar jika berjaya mendapat gelaran johan, bolehlah pasukan kawad melangkah kaki ke pertandingan peringkat seterusnya.
Kekangan Kewangan
Pada tahun ini, kelengkapan baju kami sebelum ini adalah atas ihsan pinjaman dari kawan-kawan sekolah lain yang tidak menyertai pertandingan. pada tahun ini baju tidak dapat lagi dipinjam kerana sekolah-sekolah tersebut juga akan menyertai pertandingan tersebut.
Oleh itu, kelengkapan dari kadet untuk menyediakan dari kepala hingga ke kasut adalah terbatas. kami memerlukan dana sejumlah RMM10,500 untuk melengkapkan pakaian kadet kami yang berjumlah 35 orang. dan selebihnya adalah untuk perbelanjaan seperti makan minum, bayaran jurulatih dan sewaan bas ke tempat pertandingan.
Ucapan Terima Kasih
Kami amat berterima kasih kepada tuan puan atas sumbangan yang telah diberikan sebagai tanda sokongan kepada kadet kami yang bercita-cita mencapai gelaran JOHAN di peringkat Kebangsaan pada suatu hari nanti..
Please fill in all required details