Sumbangan PIBG 2026 [Tingkatan 5]
Perhatian kepada waris yang mempunyai lebih daripada seorang anak di SMKSB. Tuan/puan boleh menuntut semula lebihan sumbangan waris sebanyak RM50. Sekiranya tiada tuntutan dibuat, wang tersebut tidak akan dikembalikan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG SMK Sultanah Bahiyah mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa dan penjaga bagi sesi persekolahan 2026. Sumbangan PIBG ini digunakan untuk menyokong pelbagai inisiatif dan keperluan sekolah yang memberi manfaat kepada semua murid SMK Sultanah Bahiyah, antaranya:
1. Program pembangunan sahsiah dan akademik murid
2. Aktiviti kokurikulum dan program sekolah
3. Penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur sekolah
4. Sokongan kepada aktiviti kebajikan dan komuniti sekolah
5. Keperluan lain yang menyumbang kepada kesejahteraan murid
Bagi memudahkan urusan pembayaran, PIBG kini menggunakan platform Herepay sebagai kaedah pembayaran sumbangan secara dalam talian. Resit pembayaran akan dikeluarkan secara automatik setelah pembayaran berjaya dilakukan.
Jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2026 adalah sebanyak:
[RM 280] Bagi Setiap Murid Tingkatan 5
Sumbangan dan sokongan daripada tuan/puan amat dihargai bagi membantu PIBG terus memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran serta pembangunan murid SMK Sultanah Bahiyah.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa.
----------
NOTA TAMBAHAN: Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang 'Tips' (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Kutipan Sumbangan PIBG Tahunan tahun 2026. Sumbangan tambahan ‘Tips’ ini adalah secara sukarela dan tidak diwajibkan.
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG & kelangsungan platform.
Please fill in all required details