Tabung Prihatin SPM SMKSI 2025

Tabung Prihatin SPM SMKSI 2025 diwujudkan sebagai inisiatif PIBG untuk mengumpul dana dari waris SMKSI 2025 bagi membantu pihak sekolah dalam menampung perbelanjaan tambahan ketika menjalankan sesi pengajaran untuk pelajar SPM 2025.


Tabung Prihatin SPM SMKSI 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tujuan tabung ini dibuka adalah bagi membantu cikgu-cikgu dan pihak pengurusan akademik sekolah dalam menjalankan aktiviti kelas tambahan dan juga dalam menyediakan keperluan pembelajaran (Nota Tambahan, Kem Motivasi/Menjawab Soalan SPM, Kertas A4, Alat Tulis dan yang berkaitan) serta bekalan makanan dan minuman untuk pelajar SPM SMKSI 2025 semasa kelas tambahan berlansung dan juga semasa berlansungnya SPM nanti.

Jom Ibu Ayah! Kita bantu ringankan beban cikgu-cikgu anak-anak kita agar urusan mereka dalam memberi ilmu dan tunjuk ajar bagi kejayaan anak-anak kita di permudahkan. Semoga dengan rasa tanggungjawab ini, anak-anak kita akan berjaya dalam menduduki SPM 2025 mereka.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada semua waris/ibu bapa pelajar SMK Saujana Indah. Setiap sumbangan, kecil atau besar, adalah tanda kasih sayang dan sokongan kita kepada anak-anak kita bersama.

“Daripada kita, untuk anak-anak kita.”

✨ Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo