Infaq PIBG SMK Sungai Ramal
Sumbangan infaq untuk PIBG SMK Sungai Ramal.
SUMBANGAN INFAQ PIBG SMK SUNGAI RAMAL
Sumbangan infaq ini terbuka kepada semua ibu bapa pelajar SMK Sungai Ramal, orang awam serta pihak korporat yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan.
Pihak PIBG SMK Sungai Ramal amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak bagi memastikan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif untuk pelajar dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Dana infaq yang disumbangkan akan digunakan untuk:
- Penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan sekolah demi keselesaan semua pelajar
- Kebajikan pelajar, guru dan staf sekolah
- Sokongan kepada program-program pelajar yang memerlukan dana tambahan
- Pengurusan dan operasi PIBG
- Keperluan khas lain yang bersesuaian
Segala sumbangan yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga sekolah.
Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda.
Yang benar,
Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Ramal
Please fill in all required details