Sumbangan PIBG SMK Sungai Ramal Tahun 2026
Kepada: Ibu Bapa/ Penjaga Murid SMK Sungai Ramal
Tuan/ Puan ,
KUTIPAN SUMBANGAN TAHUNAN PIBG DAN LAIN-LAIN SUMBANGAN SMK SUNGAI RAMAL BAGI SESI AKADEMIK 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-10 yang berlangsung pada 14 MAC 2026 memutuskan dan bersetuju mengutip sumbangan PIBG dan lain-lain sumbangan bagi sesi persekolahan 2026.
Berikut adalah senarai sumbangan PIBG dan lain-lain sumbangan yang telah dipersetujui:

Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga dimohon untuk membuat sumbangan bagi sesi 2026 sama ada secara tunai atau dalam talian sebelum atau pada 31 Oktober 2026.
4. Kerjasama dan sokongan daripada semua ibu bapa/penjaga amatlah diharapkan bagi melancarkan semua program yang telah dirancang demi kecemerlangan murid-murid sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
(MUHD NURIZMAN BIN ABDUL RAHMAN)
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2026 SMK Sungai Ramal.
Nota tambahan: Anda juga dialu alukan untuk menyumbang 'Tips' (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Sumbangan PIBG.
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG SMK Sungai Ramal & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG SMK Sungai Ramal & kelangsungan platform.
Please fill in all required details