SUMBANGAN DANA PIBG DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH

Saluran sumbangan bagi membantu PIBG dan SPaG


Assalamualaikum wbr. dan salam sejahtera.

Dengan penuh rendah hati, pihak Sekolah Kebangsaan Parit Gantong ingin mengajak seluruh masyarakat, ibu bapa, bekas murid, para dermawan serta pihak syarikat korporat untuk bersama-sama menjayakan Program Wakaf Pembangunan Fasiliti dan Infrastruktur Sekolah. Inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan mesra murid seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Wakaf yang disalurkan akan digunakan bagi menambah baik bilik darjah, perpustakaan, surau, kawasan riadah, makmal pembelajaran, prasarana teknologi serta kemudahan asas lain yang amat diperlukan oleh murid-murid. Usaha ini diharap dapat memberi manfaat besar bukan sahaja kepada warga sekolah, malah kepada seluruh komuniti setempat yang turut menggunakan kemudahan sekolah sebagai pusat ilmu dan aktiviti masyarakat.

Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf yang tuan/puan hulurkan, sama ada besar mahupun kecil, adalah suatu pelaburan akhirat yang tidak ternilai. Selagi mana fasiliti ini digunakan untuk tujuan pendidikan dan pembangunan generasi akan datang, insya-Allah pahala jariah akan terus mengalir tanpa putus kepada pewakaf.

Marilah kita bersama-sama menjadikan SK Parit Gantong sebagai sekolah unggul yang melahirkan anak-anak berilmu, berakhlak mulia dan berjaya dalam kehidupan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan serta kemurahan hati para pewakaf dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.

Sehubungan itu, adalah dipohon jasa baik Tuan/ Puan untuk menghulurkan sumbangan bagi memastikan apa yang kami hasratkan akan dapat dicapai dan laksanakan dengan baik. Sebarang kemusykilan, Tuan/ Puan boleh menghubungi:
1- En. Noor Akmal bin Hj Mistar ( Yang DiPertua PIBG):  019-2833697
2- Puan Noorazilah binti Jaafarr ( Setiausaha PIBG): 019-3752585
3- Puan Zaleha binti Md Atim (Bendahari PIBG): 016-2054656
4- Puan Waidah binti Abd Talib (Guru Besar): 013-6384667
5- Pejabat Sekolah: 06-2658051

Sekian, terima kasih.

Admin PIBG SPAG

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo