SUMBANGAN WARGA ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT GANTONG
Tabung Sumbangan Oleh Warga Alumni SKPG
This campaign will end on December 31, 2025
Target Amount
RM 20,000.00
0 day(s) left
Assalamualaikum wbr. dan salam sejahtera.
Dengan segala hormatnya, pihak Sekolah Kebangsaan Parit Gantong (SPAG) ingin mempelawa dan mengajak seluruh warga Alumni SPAG untuk bersama-sama menyumbang secara bulanan melalui Tabung Sumbangan Alumni SPAG. Inisiatif ini diwujudkan bagi mengukuhkan sokongan komuniti terhadap pembangunan sekolah khususnya dalam aspek penambahbaikan fasiliti, kebajikan murid, serta pelaksanaan program pendidikan dan kerohanian.
Sumbangan bulanan daripada alumni amat besar ertinya dalam usaha pihak sekolah menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan selaras dengan aspirasi pendidikan masa kini. Selain itu, dana yang terkumpul juga akan digunakan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan, menyokong aktiviti kokurikulum, serta mengimarahkan pelbagai program pembangunan sahsiah dan akademik yang memberi manfaat kepada generasi pewaris bangsa.
Sesungguhnya, setiap ringgit yang disumbangkan oleh tuan/puan akan menjadi amal jariah yang berpanjangan. Selagi mana kemudahan, program dan manfaat hasil daripada sumbangan ini digunakan oleh warga sekolah, insya-Allah pahala akan terus mengalir kepada para penyumbang. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap agar seluruh alumni dapat menjadikan usaha ini sebagai wadah untuk kembali menyumbang bakti kepada sekolah yang pernah menjadi tempat menimba ilmu. Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi bukti kasih sayang dan keprihatinan alumni terhadap kelangsungan kecemerlangan SK Parit Gantong serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
Sehubungan itu, adalah dipohon jasa baik Tuan/ Puan untuk menghulurkan sumbangan bagi memastikan apa yang kami hasratkan akan dapat dicapai dan laksanakan dengan baik. Sebarang kemusykilan, Tuan/ Puan boleh menghubungi:
1- En. Noor Akmal bin Hj Mistar ( Pengerusi Jawatankuasa Penaja ): 019-2833697
2- Muhammad Nur Fitri bin Nazaruddin ( Setiausaha Penaja ): 011-33184742
3- Puan Nordinah bin Kasmoni (Bendahari Penaja ): 017-6306407
4- Puan Waidah binti Abd Talib (Guru Besar): 013-6384667
Sekian, terima kasih.
Admin ALUMNI SKPG
Please fill in all required details