KUTIPAN YURAN PIBG 2025
Kutipan Yuran PIBG Bagi Sesi 2025
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Gantong telah menetapkan kutipan Yuran Tahunan PIBG bagi Sesi Persekolahan 2025. Tujuan kutipan ini adalah bagi menyokong pelbagai program dan aktiviti yang dirancang demi kepentingan murid, antaranya termasuklah peningkatan akademik, pembangunan sahsiah, kebajikan murid, penyediaan kemudahan pembelajaran serta pelaksanaan program kokurikulum dan kerohanian.
Yuran PIBG ini merupakan sumbangan wajib tahunan yang amat penting kerana ia menjadi sumber utama kewangan PIBG dalam memastikan kesinambungan usaha ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan berdaya saing. Besarlah harapan pihak PIBG agar semua ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama penuh dengan melunaskan bayaran yuran ini mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi tahun 2025.
Sesungguhnya, sumbangan ikhlas ibu bapa/penjaga ini akan memberi impak besar dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan berdaya maju untuk anak-anak kita. Pihak PIBG dan sekolah amat menghargai setiap sokongan yang diberikan dan mendoakan semoga segala sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan serta diganjari dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
Sebarang kemusykilan, Tuan/ Puan boleh menghubungi:
1- En. Noor Akmal bin Hj Mistar ( Yang DiPertua PIBG): 019-2833697
2- Puan Noorazilah binti Jaafarr ( Setiausaha PIBG): 019-3752585
3- Puan Zaleha binti Md Atim (Bendahari PIBG): 016-2054656
4- Puan Waidah binti Abd Talib (Guru Besar): 013-6384667
5- Pejabat Sekolah: 06-2658051
Sekian, terima kasih.
Admin PIBG SPAG
Please fill in all required details