YEARLY CROWD FUNDING #DEMI KOLEJ TAHUN 2026
This campaign will end on January 15, 2026
Target Amount
RM 25,000.00
11 day(s) left
✨ #DemiKolej | Bersama Menyokong Kecemerlangan Pelajar ✨
Program #DemiKolej merupakan satu inisiatif yearly crowdfunding yang diwujudkan khusus bagi menyokong Kolej Sultan Abdul Hamid dalam memperkukuh bidang akademik serta meningkatkan kecemerlangan para pelajar. Inisiatif ini lahir daripada cadangan ahli SAHOCA untuk mewujudkan satu platform kutipan dana tahunan yang dilaksanakan pada setiap hujung tahun, bagi kegunaan program dan keperluan akademik pada tahun berikutnya.
Sehubungan itu, SAHOCA KL amat berbesar hati untuk melancarkan inisiatif ini sebagai sebuah platform sumbangan oleh seluruh warga alumni Kolej Sultan Abdul Hamid. Hasil sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada pelbagai program pembangunan potensi dan kecemerlangan akademik pelajar, termasuk sokongan pembelajaran bagi tahun hadapan. Antaranya juga ialah satu inisiatif baharu yang akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan, iaitu Biasiswa SAHOCA.
Setiap sumbangan — kecil atau besar — membawa makna yang besar dalam membina masa depan pelajar serta memastikan kelangsungan kecemerlangan kolej ini.
Ayuh bersama menyumbang: demi ilmu, demi pelajar, demi kolej. 💙
Please fill in all required details