Sumbangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SAPOT bersama Pesakit Mental Hospital Permai, Johor
Sumbangan tajaan makanan (hari raya) untuk 200 pax = RM 5000 dan Sumbangan tajaan duit raya untuk 175 pesakit = RM 1000
This campaign will end on April 24, 2025
Target Amount
RM 7,000.00
0 day(s) left

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SAPOT bersama Pesakit Mental Hospital Permai
SAPOT akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pesakit Hospital Permai, Johor Bahru pada 24 April 2025, dari jam 10 pagi hingga 1 petang. Program ini bertujuan membawa kegembiraan kepada pesakit mental yang terdiri dariapada OKU dan B40, memberi sokongan moral, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan mental.
Matlamat Program:
✅ Memberi kegembiraan dan sokongan emosi kepada pesakit mental.
✅ Mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental.
✅ Menggalakkan kesedaran tentang perkhidmatan sokongan SAPOT.
Aktiviti Utama:
📌 Majlis Perasmian & Bacaan Doa
📌 Jamuan Hari Raya (hidangan tradisional seperti ketupat, rendang, lemang)
📌 Aktiviti santai & interaktif (karaoke, persembahan)
📌 Pemberian Duit Raya & Hamper
📌 Sesi Lawatan ke Hospital Permai
Sasaran & Kos:
🎯 175 pesakit & kakitangan + 25 sukarelawan/penaja
🎯 Keperluan dana: RM6000 (RM5000 untuk makanan, RM1000 untuk duit raya)
Sumbangan & Tajaan:
Sumbangan boleh disalurkan ke Maybank 5644 8142 7268 (SAPOT Tech PLT) dengan ref: Permai2025 sebelum 24 April 2025.
Harapan:
Program ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada pesakit, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental, serta mengukuhkan hubungan antara pesakit, masyarakat, dan SAPOT.
📩 Hubungi: Fatiha Shuib (011-11748588) | Email: hello@sapot.app
Please fill in all required details