Projek Pendigitalan Kelas SK Taman Tun Teja, Rawang
Kempen sumbangan pembelian televisyen pintar (Smart tv)
This campaign will end on January 31, 2025
Target Amount
RM 53,200.00
0 day(s) left
Projek Pendigitalan Kelas SK Taman Tun Teja melalui permohonan sumbangan untuk pembelian televisyen pintar (Smart TV) merupakan inisiatif khas sekolah dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PdPc) berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Inisiatif ini dirancang untuk membantu murid dan guru mendepani cabaran dunia digital yang semakin berkembang pesat. Penggunaan alat bantu ICT menjadi semakin pesat dalam era digital kini, di mana kemahiran teknologi memainkan peranan penting dalam memperkasa pengetahuan serta perkembangan minda murid.
Pengintegrasian teknologi terkini seperti Smart TV dalam PdPc di bilik darjah dipercayai mampu meningkatkan keberkesanan penyampaian guru dan menjadikan sesi pengajaran lebih menarik bagi murid. Melalui medium ini, murid berpeluang mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan visual, menjadikan proses penyampaian ilmu lebih bermakna dan memudahkan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran yang efektif.
Matlamat
- Membudayakan penggunaan ICT ke arah matlamat pembelajaran abad ke-21 di SK Taman Tun Teja.
- Menarik minat dan memudahkan murid-murid untuk mendapatkan maklumat secara audio visual.
Kos anggaran dana perbelanjaan
Philips 55PUT7129/68 55” 4k Google TV : RM 1900.00 x 28 Kelas = RM 53,200.00
Projek ini dijalankan secara berperingkat (bergantung kepada dana bermula Februari 2025):
Fasa 1 : Kelas Tahun 1 & Tahun 4
Fasa 2 : Kelas Tahun 2 & Tahun 5
Fasa 3 : Kelas Tahun 3 & Tahun 6
KAMI MENGUNDANG SEMUA PIHAK UNTUK TURUT MEMBANTU PIBG SK TAMAN TUN TEJA DALAM USAHA MENCUKUPKAN DANA BAGI PROJEK PENDIGITALAN KELAS SK TAMAN TUN TEJA. SUMBANGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI DAN BERTERIMA KASIH.
WALAU SEDIKIT SAMA-SAMA KITA MEMBANTU.
untuk makluman setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM0.70 oleh pihak bank yang berdaftar.
Terima kasih.
PIBG SK TAMAN TUN TEJA 2024/2025
UNTUK KETERANGAN LANJUT;
YDP : NORAMAN MOKHTAR (012-9344703)
NYDP : RAUHAIZI (018- 3284587)
SETIAUSAHA : CIKGU AMIR (013-6298508)

Please fill in all required details