SUMBANGAN IKHLAS BUAT ADIK SAIF ZAIRIL BIN MOHD SHAZRIL EZANI (UIA6)
SUMBANGAN IKHLAS BUAT ADIK SAIF ZAIRIL BIN MOHD SHAZRIL EZANI (UIA6)
Biro kebajikan & penajaan SK Setiawangsa
Dengan penuh rasa prihatin, kami ingin memaklumkan bahawa murid SK Setiawangsa, Adik Saif Zairil bin Mohd Shazril Ezani dari UIA6, telah disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL), iaitu sejenis kanser darah. Kini beliau sedang menjalani rawatan kemoterapi dan telah menjalani prosedur Stem Cell Transplant.
Sebagai tanda sokongan dan solidariti warga SK Setiawangsa, pihak sekolah bersama PIBG membuka ruang kepada ibu bapa dan penjaga yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga Adik Saif.
Marilah bersama kita bantu dan mendoakan agar Adik Saif segera sembuh serta diberikan kekuatan melalui ujian ini.
🙏🏼 Setiap sumbangan amat dihargai dan membawa erti besar buat keluarga Adik Saif.
Sekian, terima kasih.
Please fill in all required details