BORANG BAYARAN YURAN TETAP BULANAN SKSGTR
YURAN TETAP BULANAN SKSGTR
SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA
GIRLS TOUCH RUGBY(SKSGTR)
Assalaamualaikum & Salam Sejahtera.
PER : SUMBANGAN/YURAN TETAP BULANAN SKSGTR
SKSGTR ditubuhkan pada 1hb Julai 2024, bertujuan untuk memupuk minat yang mendalam terhadap sukan ragbi sentuh kepada murid-murid perempuan di SK Setiawangsa dan seterusnya mencungkil bakat serta memberi peluang anak-anak untuk menonjolkan potensi diri dalam aspek sukan dari peringkat sekolah rendah lagi.
SKSGTR komited dalam menyediakan platform latihan mingguan kepada kesemua pemain yang berdaftar. Latihan mingguan SKSGTR diadakan secara berkala seperti ketetapan berikut:-
📍 Tempat: Padang SK Setiawangsa
🗓️ Hari: Sabtu
⏰Masa: 7.30 pagi – 9.30pagi
💰 Bayaran: RM50 setiap bulan
Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang mempunyai anak berdaftar dengan SKSGTR boleh membuat bayaran melalui form herepay ini. Pihak SKSGTR mengharapkan anak tuan/puan dapat mengikuti jadual latihan ini bagi menjamin pembangunan berterusan dalam sukan ragbi sentuh bersama SK Setiawangsa. Untuk itu, bayaran perlulah dibuat sebelum 5hb setiap bulan bagi menjamin kelancaran dalam pengurusan atlet-atlet SKSGTR.
Segala kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan pihak SKSGTR dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Nota tambahan: Ruangan 'Tips' adalah pilihan sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain (Payment Form Name).
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara (SKSGTR/Organisasi) & penyedia platform (Herepay).
Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada (SKSGTR/organisasi) & kelansungan platform.
Untuk makluman setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM0.70 oleh pihak payment gateway
Please fill in all required details