8. Che Nur Airaa Hana
This campaign will end on December 31, 2023
Target Amount
RM 100,000.00
0 day(s) left
Assalamualaikum.. Anak saya Che Nur Airaa Hana mengalami simptom hypotonia seawal usianya 3 bulan yang mana anggota badannya seperti tangan, kaki dan leher tidak dapat digerakkan seperti anak-anak seusia dengannya. Kes Airaa telah dirujuk kepada pakar di HRPZ 2 Kota Bharu. Setelah ujian genetik dijalankan, Baby Airaa telah disahkan menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy ( SMA) Type 1.
Pada bulan Julai yang lalu, Baby Airaa mengalami demam yang tidak menentu, batuk dan nafas yang laju. Kami telah membawanya ke hospital dan Airaa telah dimasukkan ke bahagian red zone kerana oksigennya drop. Doktor mengesahkan Airaa dijangkiti Rhinovirus dan Enterovirus yang menyebabkan paru-paru Airaa collapse sehingga terpaksa ditidurkan selama beberapa hari di Picu. Hari ni sudah sebulan lebih Airaa dirawat di HRPZ 2,dan telah beberapa kali terkena jangkitan yang menyerang paru-parunya.
Doktor memberitahu keadaan Airaa kini adalah kritikal kerana otot menelannya sudah terlalu lemah sehingga kahak dan air liur sentiasa mengalir masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan mudah berlaku.. Baby Airaa perlu mendapatkan ubat secepat yang mungkin bagi mengelak kemerosotan terus berlaku kerana Airaa boleh collapse pada bila-bila masa sahaja jika tidak mendapat rawatan secepat yang mungkin. Semoga ada rezeki Baby Airaa untuk mendapatkan ubat dan meneruskan rawatan untuk penyakitnya.
SEBELUM SAKIT
SELEPAS MENGHIDAP Spinal Muscular Atrophy ( SMA) Type 1
Please fill in all required details