9. Anas Haikal
This campaign will end on December 31, 2023
Target Amount
RM 60,000.00
0 day(s) left
Anas dilahirkan normal dengan berat 3kg. Semasa usia Anas 8 bulan Anas mengalami kelemahan otot dibahagian bawah. Anas dirujuk ke hospital kanak-kanak UKM dan Anas telah diagnos menghidap penyakit Spinal muscular athropy tahap 2 dimana darah diambil dan dihantar ke makmal IMR Kuala Lumpur.
Pada usia Anas 1 tahun Anas dijangkiti covid tahap 3 dan dikuarantin selama 2 minggu di pusat kuarantin hospital Kuala Lumpur dan
pada usia Anas 1 tahun 5 bulan Anas dimasukkan ke unit ICU hospital kanak-kanak UKM dimana pernafasan Anas laju dan paras oksigen Anas rendah. Anas ditidurkan selama 4 hari dan bermula dari itu Anas kerap mendapat jangkitan kuman di paru-paru.
Pada tahun 2022 Anas telah dimasukkan ke unit ICU hospital kanak-kanak UKM sebanyak 9 kali dan ditidurkan sebanyak 2 kali dimana mengalami jangkitan kuman paru2 @bronchopneumonia dan sekali lagi Anas mendapat jangkitan covid tahap 5.
Pada bulan 5/2023 Anas sekali lagi mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan dimasukkan ke ICU Hospital kanak-kanak UKM dan berikutnya pada 20 Julai 2023 dan yang terbaru pada 3/9/2023 ke ICU Hospital kanak-kanak UKM untuk mendapatkan rawatan jangkitan kuman di paru-paru dan kali ke-3 Anas ditidurkan semalam 9 hari dan sekarang Anas masih mendapat rawatan di hospital.
Doktor mencadangkan Anas untuk mendapatkan ubat Spinraza secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan terus berlaku dimana paru-paru Anas boleh collapse pada bila-bila masa sahaja jika tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin dan kami masih kekurangan RM60K untuk memdapat rawatan setahun dengan Spinraza.
Dengan itu kami ibu bapa Anas haikal ingin memohon bantuan orang ramai. Semoga ada rezeki Anas untuk mendapatkan rawatan Spinraza dan meneruskan rawatan untuk penyakitnya.
Kami amat menghargai sebarang tips tambahan yang disumbangkan anda . Tips ini dapat menyokong usaha kami untuk membantu lebih ramai pejuang SMA.
Sebelum menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy tahap 2
Keadaan terkini semasa menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy tahap 2
Please fill in all required details