1. Muhammad Qaisar Bin Muhammad Qaiyum
This campaign will end on December 31, 2023
Target Amount
RM 9,000,000.00
0 day(s) left
Assalamualaikum . Anak kami, Muhammad Qaisar Bin Muhammad Qaiyum kini berusia 6bulan disahkan menghidap penyakit (Rare Disease) iaitu SMA(Spinal Muscular Atrophy) Type 1 ia menyebabkan semakin hari kemerosotan otot-otot keseluruhan badan & paru-parunya sukar bernafas hingga menyebabkan Qaisar bergantung pada mesin bantuan Bipap.
Qaisar mendapat rawatan susulan dari Pihak Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang sejak berusia 2bulan. Pada usia 3bulan disahkan SMA Type1 keupayaan menelan air liur semakin hari merosot sehingga perlu mengambil neb dan menyedut kahak yang terkumpul didalam mulutnya. Sebanyak 3kali Qaisar ditahan Wad menyebabkan nafasnya terlalu laju dan bacaan oksigen menurun secara mendadak sehingga mukanya menjadi biru.
Semenjak Qaisar sakit saya tidak mampu menanggung segala kos rawatan secara sendiri kerana kos rawatan terlalu tinggi nilainya. Saya bekerja sebagai Pembantu Gerai Makan tidak mampu menampung Kos perubatan yang diperlukan dengan segera iaitu ubat RISDIPLAM Berharga RM40,400. Ubat ini perlu diambil sementara setiap bulan bagi mengelakkan kemerosotan otot- otot Qaisar. Bagi menghentikan kemerosotan otot yang semakin lemah sebelum usianya 2Tahun, Qaisar juga perlu segera mendapatkan ubat secara Efektif iaitu (Gene Therapy) Zolgensma berharga USD 2.1Juta bersamaan RM9Juta lebih.
Sesungguhnya kami mohon mendoakan Qaisar sembuh sepenuhnya dan memohon bantuan sumbangan daripada anda semua untuk menampung kos rawatannya agar anak sulung kami sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda untuk membantu Qaisar. Semoga Tuhan membalas jasa baik pertolongan dari anda semua yang sudi membantu anak kami. Berat ujian untuk kami, sebagai Ibu Bapa kami cuba sehabis baik untuk mendapatkan rawatan segera untuk Qaisar kembali pulih sebelum usianya mencecah 2tahun. Kami takkan mampu mendapatkan kos perubatan yang sangat tinggi nilainya tanpa bantuan anda semua. Ribuan Terima Kasih saya ucapkan kepda anda semua sudi membantu keluarga kami.
Please fill in all required details