Sumbangan PIBG, Kecemerlangan & Sinar Sabtu Tingkatan 5 Sesi 2025/2026
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua ibu bapa, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 yang lepas telah meluluskan jumlah Sumbangan PIBG bagi Tingkatan 5 Sesi 2025/2026 adalah seperti berikut:
✅ Sumbangan PIBG RM80.00 (satu keluarga)
✅ Sumbangan Kecemerlangan RM300.00 (seorang murid)
✅ Sumbangan Sinar Sabtu RM100.00 (seorang murid)
Sehubungan itu, pihak sekolah mengalu-alukan jasa baik tuan/puan untuk menyumbang supaya program-program yang dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
NOTA:
• Alternatif pembayaran PIBG adalah melalui sistem Herepay.
• Ibu bapa tidak perlu daftar akaun, hanya klik pada pautan bayaran yang telah disediakan.
• Ibu bapa akan menerima resit automatik bagi setiap pembayaran PIBG melalui emel. Pastikan emel yang dimasukkan aktif.
Nota tambahan: Anda juga dialu alukan untuk menyumbang 'Tips' (PILIHAN) sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan umum selain Sumbangan PIBG dan Kecemerlangan 5. Jika tuan/puan menyumbang 'Tips', sila maklum bahawa jumlah tips ini akan dikongsi sama rata antara PIBG SMK Putrajaya Presint 9(2) & penyedia platform (Herepay). Tips yang diberikan dapat memberi nilai tambah kewangan kepada PIBG SMK Putrajaya Presint 9(2) & kelansungan platform.
Please fill in all required details