SUMBANGAN PIBG SESI 2024/2025
Sumbangan Tahunan PIBG SMK Seksyen 18
Assalamulalaikum para ibubapa dan penjaga anak-anak pelajar SMK Seksyen 18 Shah Alam,
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMK Seksyen 18 pada 13 April 2024 yang lalu, kita telah bersetuju dan bersepakat untuk membuat kutipan sumbangan daripada seluruh ibubapa berdasarkan usul-usul yang dibentangkan dan dipersetujui secara muafakat bersama.
1. Sumbangan PIBG sebanyak RM55 bagi setiap ahli keluarga
2. Sumbangan Kecemerlangan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.
3. Sumbangan Kecemerlangan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar Tingkatan 5.
Kutipan-kutipan sumbangan di atas telah pun diluluskan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana. Pihak PIBG dengan ini memulakan kutipan daripada semua untuk sama-sama kita menjalankan program-program serta menampung kos-kos kemudahan dan infrastruktur di SMK Seksyen 18 bagi manfaat anak-anak pelajar kita bersama.
Jutaan terima kasih atas sumbangan anda semua. Jazakumullahu khairan kathira.
Sekian, terima kasih.
PIBG SMK Seksyen 18 Shah Alam
Nota tambahan:
Ruangan 'Tips' adalah pilihan sekiranya ingin melakukan sumbangan tambahan.
Jumlah tips ini akan dikongsi sama rata (50-50) antara (PIBG) & penyedia platform (Herepay).
Please fill in all required details