Program Santapan Kasih 2024
Sumbangan Untuk Program Santapan Kasih 2024/2025
This campaign will end on February 28, 2025
Target Amount
RM 22,000.00
0 day(s) left
PROGRAM SANTAPAN KASIH
Program Santapan Kasih di bawah PIBG SMK Seksyen 18 Shah Alam pada tahun ini dilaksanakan oleh Biro KSIB.
Apa itu program Santapan Kasih
Program memberi makan dan minuman (minum pagi) pada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Sekiranya ada lebihan sumbangan, makan tengahari juga akan disediakan.
Bila program Santapan Kasih ini ditubuhkan?
Tahun 2016 dan diteruskan setiap tahun.
Bila program Santapan Kasih ini dilaksanakan
Program Santapan Kasih ini dilaksanakan sepanjang peperiksaan SPM berjalan pada tahun tersebut.
Matlamat Program Santapan Kasih
1. Memudahkan pengawalan murid ketika waktu rehat
2. Mengelakkan murid keluar mencari makanan di luar
3. Menjimatkan masa rehat murid
4. Memberi ruang kepada murid membuat persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan seterusnya
5. Memberi keterjaminan kebersihan makanan
Sasaran Program Santapan Kasih
Memohon sumbangan ikhlas, khusus dari ibu bapa pelajar yang terlibat dalam SPM pada tahun tersebut bagi memudahkan urusan makan dan minum anak-anak sepanjang menjalani peperiksaan SPM nanti.
Mengimarahkan konsep sedekah di mana sumbangan yang diberi memberi manfaat kepada bukan sahaja pada anak sendiri, malah anak-anak yang lain juga dapat menikmati makanan tersebut hasil sumbangan yang diberikan. Jika ada lebihan, guru-guru yang bertugas serta guru-guru petugas luar juga dapat menikmatinya.
Sukarelawan Ibu Bapa Santapan Kasih
Program Santapan Kasih juga memberi peluang kepada ibu bapa yang berkelapangan untuk sama-sama membantu menjayakan program ini sepanjang peperiksaan SPM berjalan. Sijil penyertaan juga disediakan sebagai tanda penghargaan tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sumbangan secara tunai dan pendaftaran sebagai sukarelawan, sila hubungi:
-→ Encik Hazrizal (019 286 2380), Puan Liza (017 248 6246) atau Puan Mas (012 674 9636).
Please fill in all required details