DERMA & WAKAF NAIK TARAF SURAU AL-HUSNA TAMAN SEMPADAN/TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, P.PINANG.

Kutipan Dana Menjalankan Kerja Kerja Naik Taraf Surau Al Husna

This campaign will end on December 31, 2026

Target Amount

RM 150,000.00

16%
Achieved : RM 24,360.00
Balance Amount : RM 125,640.00

222 day(s) left


 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 DERMA & WAKAF MENAIKTARAF SURAU AL-HUSNA TAMAN SEMPADAN/TRANSKRIAN 

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Surau Al-Husna Taman Sempadan/Transkrian hampir mencecah 40 tahun operasi dan amat memerlukan sumbangan tuan/puan untuk membantu kami menjayakan kerja-kerja baikpulih surau.

Surau ini berada di bawah kariah Masjid Al-Rasyidin, Nibong Tebal (USM Transkrian) telah dimanfaatkan oleh penduduk yang beragama Islam di dalam taman khususnya dan kawasan sekitar amnya.  Surau Al-Husna telah dan berterusan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang selari dengan perubahan masa. 

Justeru itu, pihak pengurusan Surau telah membuat keputusan untuk menaiktaraf kemudahan Surau ini agar lebih kondusif dan selesa bagi kegunaan jemaah dan masyarakat di taman dan penduduk sekitarnya yang lain.

Proses naik taraf Surau Al-Husna ini akan merangkumi dua fasa iaitu :-

Untuk Fasa 1 :

📍Mengubahsuai dinding hadapan dan memasang mihrab ✅

📍Menaik taraf pendawaian elektrik daripada Single Phase kepada Three Phase✅

📍Memasang plaster siling ✅

📍Membaiki/menukar bumbung dari jenis zink kepada jenis metaldeck✅

 

Untuk Fasa 2

📍Mengubahsuai Tandas Lelaki dan Wanita✅

📍Mengecat Dinding Surau & Jeriji Besi Pintu/Tingkap✅

📍Membaiki Bumbung Stor & Mengecat Besi Awning✅

 

Untuk Fasa 3 :

📍Membina Dewan Serbaguna✅

📍Menambak simen lantai dewan serbaguna✅

📍Membina menara azan❌

 📍Menukar bumbung & jeriji dinding store❌

📍Memasang awning sambungan ke Dewan Serbaguna❌

📍Memasang siling awning atau mengecat rangka besi awning sekeliling surau❌

 #Siap ✅

#Belum Siap❌

 

(perlaksanaan setiap skop kerja ubahsuai adalah tertakluk kepada jumlah dana yang dikutip)

 

🔴 Projek naik taraf ini memerlukan dana sebanyak RM150,000.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

(Ilustrasi mihrab yang akan di pasang di Surau Al-Husna)

Majlis Doa Selamat & Perasmian Kutipan Derma & Wakaf Dana Kerja Naik Taraf Surau pada 23 Jan 2025

Antara kerosakan yang memerlukan pembaikian segera

Antara aktiviti sepanjang tahun 2024 yang mana ia adalah rutin acara setiap minggu/bulanan/tahunan.

Tuan/puan boleh melawati laman FACEBOOK kami untuk melihat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan setiap tahun. Sila tekan link di bawah : 

https://www.facebook.com/profile.php?id=100064601565698&mibextid=ZbWKwL

(Lokasi Surau Al-Husna, Sila Tekan link di bawah)

https://maps.app.goo.gl/7o4XsimQnM8v8mYZA?g_st=aw

Pelaksanaan Kerja Naik Taraf Fasa 1

Akan Dimulakan Pada awal Jan 2025

 

Lawatan tapak oleh beberapa kontraktor-kontraktor padaJan 2025 

Progress kerja pada Jan 2025

Progress kerja pada 22 Feb 2025

Progress Kerja Naik Taraf Fasa 1 Siap Sepenuhnya

01 Ramadhan 1446H

Pelbagai Acara Telah Diadakan Selepas Surau Dinaiktaraf

(Majlis Ramah Mesra  Komuniti Madani bersama YB Dato' Hj Rashidi bin Zinol. PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI ACHEH Merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO)

(Lawatan oleh YB Fadhlina bt Sidek, Ahli Parlimen Nibong, P.PInang Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Majlis Korban SURAU Al Husna, 10 ekor korban tumbang tahun ni)

(Ceramah Maal Hijrah Oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadly Hasbullah @ Ustaz Manis)

(Majlis Kacau Asyuro Taman Al-Husna 12 Jul 2025)

Pelaksanaan Kerja Naik Taraf Fasa 2 

Akan Dimulakan Pada 15 Julai 2025

 ✅Naik Taraf Tandas 

✅Mengecat Dinding Luar Surau & Jeriji Besi

✅Mengecat Besi Awning

Lakaran Pelan Ubahsuai Tandas

Kerja kerja naik taraf tandas telah bermula pada 14 Jul 2025

Status  kerja

Ubahsuai Tandas Lelaki/Wanita

(Telah siap sepenuhnya pada 25/09/2025)

 

Status  kerja

Mengecat Dinding Surau/Gril Besi

(Telah siap sepenuhnya pada 25/09/2025)

 

Pelaksanaan Kerja Naik Taraf Fasa 3 (Terakhir)

Akan Dimulakan Pada Jan 2026

 ✅Membina Dewan Serbaguna

✅Menambak simen lantai dewan serbaguna

✅Membina Menara Azan

✅Menukar bumbung & Jeriji Dinding Stor

✅Memasang Awning sambungan ke Dewan Serbaguna

✅Memasang siling awning atau mengecat rangka besi awning

 

Kunjungan dan lawatan tapak oleh pegawai ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, P.Pinang) dan pihak kontraktor yang dilantik pada 19 Dis 2025.

Turut hadir ialah Pegawai Khas Pusat ADUN Sungai Aceh dan Pengerusi KRT Taman Sempadan/Transkrian/Pekaka.   

Kerja Naik Taraf dijangka akan bermula pada Jan 2026 

Pelancaran Iklan Kutipan Dana melalui Banting, banner, Risalah Dan poster telah bermula secara rasmi pada 25/12/2025&05 Rejab 1447

Kerja kerja telah bermula secara rasmi pada 30/12/2025

Status Kerja Semasa Di Tapak Projek pada 06/01/2026

Status Kerja Semasa Di Tapak Projek pada 23/01/2026

Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Telahpun Siap Sepenuhnya pada 30 April 2026 )

Beberapa kerja kemasan lantai dewan pengajian muslimah & dapur juga turun dilaksanakan dan siap sepenuhnya seawall Mei lalu.

Projek berikutnya & terakhir ialah :-

1)Membina Tiang Menara Azan

2)Menukar Bumbung & Jeriji Dinding Stor

3)Memasang Awning sambungan ke Dewan Serbaguna

4)Memasang siling awning atau mengecat rangka besi awning

Kami jangkakan semua projek di atas akan bermula selewat-lewatnya bulan Jun 2026

 

Kami, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Husna Taman Sempadan/Transkrian mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ICU atas kelulusan permohonan peruntukan membina dewan serbaguna yang amat diperlukan oleh pihak surau untuk kegunaan kariah setempat. Dewan Serbaguna ini nanti akan digunakan sebaiknya terutama sebagai tempat majlis berbuka puasa, sambutan jamuan hari raya dan pelbagai aktiviti riadah lain yang boleh manarik lebih ramai jemaah mengimarahkan lagi surau Al-Husna.

Memandangkan peruntukan yang diterima hanya untuk membina Dewan Serbaguna sahaja, tidak termasuk kos menambak lantai simen dewan,  membina menara azan dan lain-lain, maka sumbangan dan infak tuan/puan masih diperlukan. 

🌺Pihak pengurusan Surau amat mengalu-alukan derma/wakaf daripada Orang Perseorangan, Usahawan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Rakan Surau dan lain-lain organisasi untuk sama-sama menjayakan projek naik taraf Surau ini.

🌺Piihak pengurusan Surau boleh dihubungi ditalian berikut:

Tn Hj Azizan b Khamis 

Pengerusi / (h/p :019-4573814)

Dr Mohd Nazri b Idris

Tim. Pengerusi / (h/p :019-4562879)

Tn Hj Ahmad Zainal b Sulaiman

Setiausaha / (h/p :017-4621596)

Tn Hj Ishak b Abdullah

Bendahari / (h/p :013-5028276)

En Juhari b Ismail

Pen.S/U & Ketua Projek /Admin Laman Media sosial

(h/p : 012-4454150)

🌺 Derma/wakaf boleh dilakukan melalui aplikasi HEREPAY mengikut jumlah dan butiran yang tertera di bawah 

atau 

terus ke akaun surau di :

 

Surau Al Husna 

1101097130

(Akaun Simpanan di Bank Rakyat

 

Langkah-langkah membuat pembayaran menggunakan Herepay.

  • Payment Details :(Pilihan Jumlah RM yang hendak didermakan)
  • Payer Details : (Isi Butiran Payer Details Nama, Email Address & Phone Number)
  • Payment Method : Sila tekan tanda ‘+’ dalam kotak biru FPX dan pilih bank anda.
  • Tick tanda kotak kecil…"Dengan lafaz…'
  • (Setiap transaksi penderma akan dicaj sebanyak RM0.70 sahaja oleh pihak Herepay tanpa mengira jumlah yang didermakan)

 

Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui"
- Surah Al Baqarah : 261

“Melakukan amal kebajikan, infaq atau sedekah adalah cara Allah SWT mendidik hati manusia supaya disucikan daripada perasaan tamak dan sombong. Bersedekah adalah amalan memberi perlindungan dan rahmat ketika kita menghadap Allah SWT di akhirat sana.”

“Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (Al-Bukhari: 439, Muslim: 533)

Terima kasih.

Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah.

 


جزاكم الله خيرا كثيرا ❤️❤️❤️

 

Tn Haji Azizan bin Khamis

Pengerusi
Surau Al-Husna 

Taman Sempadan/Transkrian

Please fill in all required details




Total Payable Today
Total Amount

Subtotal
Tips

By clicking on the "Proceed" button, you hereby agree with FPX's Terms & Condition

Payment Gateway Logo