Infaq Jumaat
Infaq Jumaat
Assalamualaikum wbt. Pada setiap Jumaat, pihak sekolah akan kongsikan link sumbangan kepada waris yang berhajat untuk menyumbang kepada Tabung Kebajikan Surau Al Falah SK Bukit Baru.Untuk makluman, sumbangan Tabung Jumaat adalah tidak wajib.
Dana Tabung Jumaat ini akan digunakan khusus untuk para pelajar di SK Bukit Baru antaranya:
i. Tabung penambahbaikan INFRASTRUKTUR/ KEMUDAHAN sekolah bagi semua pelajar.
ii. Tabung KEBAJIKAN pelajar, guru dan staff sekolah.
iii. Program-program pelajar di SK Bukit Baru yang memerlukan dana tambahan
iv. Keperluan-keperluan khas
Terima kasih atas sumbangan yang telah anda berikan.
Yang benar,
Pihak Pengurusan SK Bukit Baru.
“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)”
Please fill in all required details