PenajaanKeperluanTahfizDarulUlum
Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengikut sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka pasti ia akan masuk ke dalam Syurga”. (HR At-Thabrani)
PENAJAAN ANAK YATIM , ASNAF & KEPERLUAN PELAJAR TAHFIZ DARUL ULUM
Tahfiz Darul Ulum dengan segala hormatnya menjemput secara rasmi ibu ayah, tuan puan, sahabat-sahabat untuk sama-sama berkongsi bahagia menikmati SAHAM AKHIRAT dan PAHALA yang beranak pinak hingga ke Akhirat.
Untuk pengetahuan ibu ayah, tuan puan, sahabat-sahabat.. Darul Ulum ditubuhkan pada tahun 2009 dan kini memiliki 9 cawangan di setiap daerah Negeri Sembilan. Terkini Tahfiz Darul Ulum mempunyai 1,124 orang pelajar yang menuntut di sekolah ini
- 4 caw Tadika (Genius Capliph Darul Ulum - GCDU)
- 5 caw sekolah rendah ( Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum - SRIIDU)
- 1 caw sekolah menengah (Maahad Tahfiz Darul Ulum - MADU)
- 1 caw sekolah menengah (SPM Fastrack)
- 1 caw pondok (Pondok Al-Hikmah Darul Ulum - PADU)
- 1 caw pengajian tinggi (Institusi Pengajian Tinggi, Ribath, Yaman)
![](https://app.herepay.org/file/image/tahfizdarululum/A6fln4kfpbmCaIFajhfgrAvU9PPG9qbkpxAHcxp5.jpg)
MAKLUMAT TAJAAN ANAK YATIM & ASNAF
Daripada penubuhan cawangan ini, Penajaan terkini seramai 24 orang pelajar yang telah mendapat tajaan yuran persekolahan. Berbaki 29 orang pelajar lagi untuk tajaan. Unutk makluman para penaja, profil laporan pendidikan semasa anak yatim & asnaf akan diserahkan secara bertulis kepada penaja yang menyumbang setiap bulan. Alhamdulillah
__________________________________________________________________________________________
MAKLUMAT TAJAAN PENAPIS AIR
![](https://app.herepay.org/file/image/tahfizdarululum/iTBrTlMhcSkq2unj0GuCxplfd5GgW399jh1FHRNA.jpg)
Di samping itu juga, keperluan minuman air bersih pelajar ketika ini sangat diperlukan kerana keadaan musim panas dan keberadaan murid terlalu lama di sekolah. Kemudian bagi memastikan murid-murid mendapat air minuman yang mencukupi selama keberadaan di sekolah.
Dengan sumbangan anda, para pelajar dapat terus fokus menuntut ilmu tanpa perlu risau tentang bekalan air yang bersih dan selamat. Setiap sen yang anda sumbangkan akan menjadi amalan jariah yang tidak putus-putus, membantu membentuk generasi Al-Quran yang cemerlang, InshaAllah.
Sertai kami dalam usaha murni ini dan jadikan sumbangan anda sebagai bekalan pahala berterusan.
"Air Bersih, Ilmu Bersih, Hati Bersih"
__________________________________________________________________________________________
CARA TAJAAN
Ayuh bersama Tahfiz Darul Ulum merealisasikan program Penajaan anak yatim ,Asnaf & Keperluan pelajar tahfiz. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Amin ya Rabb
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
- Akaun : Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum
- No akaun : 1101 100 418 (Bank Rakyat)
- Sila letakkan reference “TAJAAN KEPERLUAN PELAJAR"
- Sertakan resit tajaan ke talian/WhatsApp : 601110622324
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Please fill in all required details