1 Tabung 1 Pelajar 1447H
Projek 1 Tabung 1 Pelajar adalah salah satu inisiatif yayasan Ikram Malaysia bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan di samping dapat menimbulkan suasana ceria serta dapat meningkatkan kesedaran dan semangat saling membantu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Bulan Ramadan yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama merapatkan saf dan bersatu hati untuk menyebarkan kebaikan kepada masyarakat yang memerlukan.
Dengan kehangatan kasih sayang yang ikhlas dari hati, projek Rayuan Ramadan 1447H membuka pintu peluang untuk anda menyumbang dalam amal jariah yang akan memberi impak sepanjang tahun 2026.
Rayuan Ramadan adalah usaha pengumpulan dana amal oleh Yayasan Ikram Malaysia yang bermatlamat membantu mereka yang memerlukan, tidak hanya sepanjang Ramadan tetapi juga sepanjang tahun.
Bagaimana anda boleh turut serta?
Sumbangan kewangan anda akan digunakan untuk menyediakan bantuan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perubatan kepada mereka yang memerlukan.
Mari bersama-sama menjadi sebahagian dari projek Rayuan Ramadan 1447H ini. Kita pastikan setiap individu dapat merasai kemanisan dan kebahagiaan pada Ramadan kali ini. Seberapa nilai pun sumbangan, kedermawanan anda sangat bermakna dan sangat membantu meringankan beban kewangan yang mereka hadapi ini.
Mungkin kita juga adalah sebahagian kisah bahagia mereka.
TERIMA KASIH!
Nota Tambahan: Kos operasi telah ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah tidak melebihi 20% dari jumlah kutipan dana. Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details