TABUNG BENCANA
Pendanaan kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa yang dilanda bencana atau dugaan seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan kehilangan harta benda.
بسم الله الرحمن الرحيم
Bencana merupakan peristiwa atau rangkaian peristiwa yang mengancam dan mengganggu kehidupan dan penghidupan masyarakat yang disebabkan oleh faktor alam atau faktor manusia sehingga mengakibatkan korban jiwa manusia serta kerosakan harta benda.
Bencana yang berlaku kepada sesebuah keluarga mampu memberi impak fizikal dan juga mental. Salah satu faktor interpersonal yang boleh dipengaruhi ialah kekuatan sistem sokongan sosial termasuk keluarga dan sumber kewangan.
Bencana yang diambil kira oleh Yayasan Ikram Malaysia adalah meliputi bencana alam yang biasa berlaku di Malaysia seperti banjir dan tanah runtuh. Namun, kami meluaskan skop bencana kepada beberapa aspek lain seperti kematian dan kebakaran.
Kebanyakan bantuan pasca bencana adalah bersasar mengikut kehendak dan keperluan semasa di negeri atau daerah yang terkesan. Justeru, Yayasan Ikram Malaysia telah berjaya mengagihkan sebanyak RM 429,826.70 sepanjang tahun 2021 dan RM 375,755.20 sepanjang tahun 2022 untuk bantuan tabung bencana ini.
Dengan sokongan anda, Yayasan Ikram Malaysia akan dapat bersama dengan lebih banyak rakan kerja dan NGO lain untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana yang memerlukan.
Nota Tambahan: Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details