CERMIN MATA PERCUMA
Bantuan cermin mata percuma kepada pelajar sekolah yang mempunyai masalah penglihatan terutama untuk pembelajaran.
بسم الله الرحمن الرحيم
Program dengan slogan kata They See, They Learn adalah bantuan cermin mata percuma kepada pelajar sekolah yang mempunyai masalah penglihatan terutama untuk pembelajaran.
Berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014, prevalens kebutaan di Malaysia adalah 1.2% dari populasi negara dan antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak (58.6%), diabetik retinopati (10.4%) dan glaukoma (6.6%). Manakala, penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak (68%) dan rabun penglihatan yang tidak dirawat (14%). Walau bagaimanapun, hampir 80% penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah.
Mendukung semangat dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti serta memastikan taraf mutu pendidikan pelajar yang berkualiti, Yayasan Ikram Malaysia telah melancarkan tabung dana Program Cermin Mata Percuma (CMP) yang dijalankan sepanjang tahun.
Semoga melalui bantuan ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan tahap pencapaian pendidikan yang lebih baik dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.
Nota Tambahan: Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details