CAKNA BANJIR 24/25_7
Yayasan Ikram Malaysia mengambil inisiatif kebajikan dan kemanusiaan ini sebagai langkah awal kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir bagi membantu meringankan beban komuniti yang ditimpa musibah akibat banjir yang melanda.

Ayuh bersama Yayasan Ikram Malaysia membantu keluarga yang terkesan banjir di seluruh negara.
Bantuan yang bakal disalurkan adalah berupa barangan keperluan asas, pek makanan, pakaian, sumbangan tunai, alatan pembersihan dan lain-lain yang berkaitan.
Yayasan Ikram Malaysia juga mengambil berat tentang keperluan peribadi wanita dan anak kecil seperti lampin bayi pakai buang dan tuala wanita.
Kit kebersihan yang mengandungi ubat gigi, berus gigi dan sabun juga akan diberikan mengikut kesesuaian dan keperluan.
Sumbangan untuk Kempen Cakna Banjir anjuran Yayasan Ikram Malaysia ini boleh disalurkan segera melalui pautan di bawah
atau
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Maybank
𝟱𝟲𝟮𝟭𝟰𝟮𝟰𝟬𝟰𝟰𝟬𝟮
Rujukan: CaknaBanjir2025
Bersama menyumbang, Berkongsi berkat.
#YayasanIkramMalaysia #CaknaBanjir
Nota Tambahan: Kos operasi telah ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah tidak melebihi 20% dari jumlah kutipan dana.Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details